Kerja senang, gaji pun 4 kali ganda lagi mahal dari Doktor tapi ramai tak sanggup, kenapa?

Oleh INFORAKYAT

Kerja senang, gaji pun 4 kali ganda lagi mahal dari Doktor tapi ramai tak sanggup, kenapa?

Setiap pekerjaan pastilah ada cabarannya yang tersendiri. Kadangkala seseorang itu dibayar dengan gaji yang lumayan

kerana risiko keselamatan pekerjaan yang dilakukannya. Begitulah seperti video yang dikongsikan seorang lelaki di Twitter

Kerja senang, gaji pun 4 kali ganda lagi mahal dari Doktor tapi ramai tak sanggup, kenapa?

baru-baru ini yang memaparkan pekerjaan seorang ‘sewer diver’ atau disebut sebagai penyelam pembentung yang sedang lengkap beruniform selam untuk melakukan tugasannya.

Seseorang hanya perlu buat kerja ni

Someone just have to do it! Sewer diving! Menyelam dalam air kumbahan aka air tahi! Korang sanggup? pic.twitter.com/d4CguNqULr

— Malay Guy (@MatMalay) August 3, 2019

“Gaji Dia 4x Ganda Doktor, Kalau Dibayar Berjuta Pun Aku Tak Sanggup Kerja Ni”

Video berdurasi 12 saat yang telah dirakam dari luar negara itu memaparkan seorang lelaki sedang memperbetulkan uniform selam yang dipakainya sebelum masuk ke dalam pembentung bawah tanah bagi memperbaiki kerosakan yang terlibat.

“Gaji Dia 4x Ganda Doktor, Kalau Dibayar Berjuta Pun Aku Tak Sanggup Kerja Ni”

Melalui video itu, boleh dilihat air yang bertakung dalam pembentung itu sudah berwarna gelap dan pastinya menyukarkan penglihatannya bila berada di dalam itu. Ditambah pula dengan ruang yang sempit, pasti menyukarkan pergerakannya.

Gaji mahal sebab risiko tinggi

Ternyata, ia bukanlah satu tugasan mudah yang mampu dan sanggup dilakukan oleh semua orang. Melalui ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap individu yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Bagi mereka, jika dibayar jutaan ringgit sekalipun mereka tidak sanggup untuk bekerja seperti itu kerana memikirkan keselamatan diri.

BACA:

Ingatkan watak ‘Dracula’ hanya dongeng, rupanya benar-benar wujud tapi di zaman Uthmaniyah

Wanita menyesal minta cerai, 20 tahun berkahwin wanita ini tak sedar rupanya suami sembunyi harta dekat RM64 juta