Menurut laporan portal berita VnExpress hari ini, seorang pemetik buah durian di Vietnam boleh menjana pendapatan sehingga RM369.26 sehari.
Pada pukul 6 pagi waktu tempatan, Nguyen Trong Tan, 25 tahun, bersama pasukannya tiba di sebuah ladang durian
seluas satu hektar di daerah Ke Sach, wilayah Delta Mekong, Soc Trang.
Sementara pasukan yang lain bersiap sedia dengan memakai sarung tangan,
Tan telah mula memanjat pokok durian dan memilih serta memetik buah yang sudah masak.
Dengan memegang kuat pada dahan, dia dengan cepat memotong buah-buah itu dengan pisau yang dipegang di tangan kirinya.
“Dapatkan (buah durian),” ujarnya sambil menjatuhkan buah-buah tersebut kepada seorang pembantu yang membawa bakul.
Dalam beberapa minit, dia telah memetik lebih daripada 20 biji buah durian Musang King, yang merupakan jenis yang popular dan berasal dari Malaysia.
Tan dapat menjana pendapatan sehingga 50 juta dong (RM9,227) selepas menolak kos dalam tempoh sebulan hanya dengan memetik buah durian.