Kerja penghantar barang je dengan pendapatan RM43000, pemuda ini selesa bekerja di Australia

Oleh INFORAKYAT

Kerja penghantar barang je dengan pendapatan RM43000, pemuda ini selesa bekerja di Australia. Bekerja serta meraih gaji atau pulangan yang lumayan sudah pastinya menjadi impian buat sejumlah besar orang ramai. Wang yang diperoleh pastinya membantu dalam menyelesaikan hutang dalam lebih pantas sekaligus menawarkan kehidupan yang lebih selesa.

Di sebalik usaha dan kerjaya orang ramai, siapa sangka menjadi penghantar barang di Australia mampu memberi pulangan sehingga RM43,000 sebulan.

Hal ini telah dibuktikan oleh Razlan Rashari selaku rakyat Malaysia yang sudah bekerja di Australia selama 6 bulan. Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan pengalaman bekerja di Australia adalah lebih efisien dan memudahkan.

Kerja penghantar barang je dengan pendapatan RM43000, pemuda ini selesa bekerja di Australia

“Purata gaji bekerja di Australia sebagai penghantar barang adalah sekitar A$8,000 (~RM24,670) sehingga A$14,000 (~RM43,173). Gaji lumayan yang ditawarkan membuatkan saya memilih untuk bekerja di Australia berbanding Malaysia” ulas Razlan.

Razlan yang kini tinggal bersama isterinya di Australia memaklumkan selain faktor gaji, budaya setempat dan keselamatan negara tersebut antara yang sebab utama beliau memilih untuk menetap di Australia.

Mengulas mengenai kos sara hidup, Razlan berpendapat kos sara hidup di Australia boleh dikatakan masih rendah. Meskipun harga barangan mampu meningkat, peningkatan gaji yang seiring antara yang membuatkan mereka kurang terbeban.

BACA JUGA :

Akibat tak dengar cakap mak disuruh jaga adik 2 tahun, lelaki ini kongsi kisah sedih adik termakan racun tikus

“Patutlah dia kata dia benci bila melihat aku, rupanya ini yang suami buat dibelakang aku masa outstation”

‘Rezeki tak pernah salah alamat, ada RM1 pun rezeki’, Lelaki ini jual RM1 pada harga RM1000