Kerja kerajaan best? Indah khabar dari rupa, ini 15 mimpi buruk kerja kerajaan ramai tak tahu, no.5 paling tak sangka
!Anda sedang mencari pekerjaan dan tak tahu sama ada mahu bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta?
Masih di dalam dilema kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri?
Jom kami kongsikan tentang 15 kelebihan kerja kerajaan anda kena tahu. Semoga selepas membaca perkongsian kami ini anda boleh membuat pilihan terbaik yang sesuai untuk anda.
1. Pencen
Pencen adalah sebab utama kenapa ramai yang memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan.
Pencen adalah kelebihan bagi penjawat awam dan tidak ditawarkan kepada mereka yang bekerja swasta. Jika anda terpilih untuk menjadi seorang penjawat awam, semasa anda mula bekerja, anda akan diberikan pilihan sama ada mahu mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau memilih Skim Pencen.
Kebanyakan pekerja dalam sektor kerajaan memilih Skim Pencen kerana selepas bersara, pesara akan tetap mendapat sebahagian gaji bulanan iaitu berdasarkan gaji bulanan terakhir yang diperolehi semasa berkhidmat. Menarik, bukan?
2. Gaji
Kalau dulu orang memilih untuk bekerja swasta kerana gaji permulaan yang lebih tinggi berbanding bekerja kerajaan. Namun hari ini gaji pokok untuk mereka yang baru berkhidmat juga tidak kurang menarik. Malah apa yang menarik, jika anda bekerja kerajaan, gaji anda akan naik setiap tahun tak kira bagaimana prestasi kerja anda. Berbanding swsta di mana kenaikan gaji adalah berdasarkan prestasi kerja dan budi bicara majikan anda.
3. Kerjaya terjamin
Bekerja kerajaan adalah lebih terjamin berbanding bekerja swasta. Ia adalah satu kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Lihat sahaja apa yang berlaku sepanjang Covid-19 sekarang. Berapa ramai pekerja swasta yang kehilangan kerja atau dipotong gaji. Dalam masa yang sama, pekerja dalam sektor kerajaan masih mendapat gaji penuh malah mendapat bonus.
4. Pinjaman kerajaan
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah peluang untuk membuat pinjaman daripada kerajaan. Anda boleh membuat pinjaman untuk tujuan seperti:
- Membeli rumah
- Membeli tanah
- Membeli kereta
- Membeli telefon bimbit
Malah apa sahaja yang anda ingin beli, anda boleh mendapatkan pinjaman. Gaji anda akan dipotong secara utomatik melalui ANGKASA. Kadar faedah yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding pinjaman bank konvensional.
5. Bonus
Setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan diatas khidmat yang diberikan. Jumlah bonus yang diperolehi bergantung kepada keadaan ekonomi semasa namun biasanya jumlah minimum ialah RM500.00. Manakala jika anda bekerja dalam sektor swasta, tiada jaminan yang anda akan mendapat bonus setiap tahun.
6. Diskaun khas hotel
Kebanyakan hotel di Malaysia menyediakan diskaun khas untuk penjawat awam.Apa yang anda perlu lakukan ialah menunjukkan kad pekerja anda semasa check in dan secara automatik anda akan mendapat harga istimewa.
7. Elaun
Terdapat pelbagai elaun yang diberikan kepada penjawat awam seperti:
- Elaun Rumah dan Elaun Sara Hidup (COLA – Cost of Living Allowance)
- Elaun Perumahan
- Elaun Perumahan Wilayah
- Elaun Kritikal
Jumlah elaun adalah berdasarkan gred.
8. Cuti
Kelebihan kerja kerajaan yang seterusnya ialah cuti yang lebih banyak berbanding pekerja swasta. Bagi pekerja am, cuti yang diberikan ialah sebanyak 14 hari setahun manakala bagi golongan professional, cuti tahunan adalah sebanyak 25 hari tidak termasuk cuti sakit dan cuti bersalin. Menarik bukan?
9. Duduk hotel secara percuma
Apabila anda bertugas di luar kawasan dan terpaksa bermalam di hotel, anda boleh membuat tuntutan sewaan hotel mengikut hari anda bertugas. Berapa harga bilik untuk semalam yang layak dituntut adalah berdasarkan gred dalam perkhidmatan.
10. Tuntutan Perjalanan
Selain tuntutan sewa hotel, anda juga boleh membuat tuntutan ke atas duit minyak dan tol yang anda bayar jika menggunakan kenderaan sendiri semasa bertugas di luar kawasan. Harga per kilometer juga adalah bergantung kepada gred dalam perkhidmatan, bukan bergantung kepada cc kereta yang anda gunakan.
11. Tuntutan Elaun Makan atau Harian
Jika anda bertugas d iluar daerah, anda berhak untuk membuat tuntutan Elaun Makan atau Elaun Harian.
12. Kesihatan
Kos perubatan bagi penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah ditanggung oleh kerajaan. Malah anda juga boleh mendapatkan rawatan di klinik panel yang dilantik.
13. Pendidikan
Penjawat awam biasanya ditawarkan pebagai bentuk tajaan untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai. Sekali gus ia juga akan meningkatkan prestasi kementerian.
14. Peluang naik pangkat
Peluang untuk anda naik pangkat sebagai penjawat awam adalah lebih mudah berbanding jika anda bekerja swasta. Jika di swasta, peluang anda untuk naik pangkat adalah berdasarkan budi bicara majikan, namun bagi penjawat awam kenaikan pangkat adalah bergantung kepada seniority dan pengalaman bekerja.
15. Manfaat kepada keluarga terdekat
Akhir sekali, bekerja kerajaan bermaksud anda juga mendapat manfaat untuk keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri dan anak-anak. Manfaat yang dimaksudkan ialah dari segi kesihatan. Bukan sahaja anda boleh mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan dan klinik panel, malah ahli keluarga terdekat juga akan menikmati manfaat tersebut. Malah jika ada yang terpaksa melalui pembedahan, anda boleh mendapatkan Guarantee Letter (GL).
BACA: