Sebuah video yang viral di media sosial Indonesia memperlihatkan momen menyentuh hati seorang bapa mengazankan anaknya yang baru lahir
Melalui aplikasi panggilan video, seperti dilaporkan oleh laman berita Tribun Jateng semalam.
Menurut keterangan dalam video tersebut, bapa tersebut terpaksa melakukan tindakan tersebut
kerana dia berada jauh dari keluarganya kerana sesuatu urusan.
Dalam video yang dikongsikan di akaun Instagram @undercover.id, seorang ibu yang baru saja melahirkan bayinya terlihat memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.
Kemudian, dia berbual melalui panggilan video bersama seorang lelaki, yang merupakan suaminya dan bapa kepada bayi tersebut.
Walaupun suara mereka terputus-putus disebabkan oleh ketidakstabilan talian internet, namun si bapa tetap meneruskan azan dengan penuh keikhlasan sehingga selesai.