Kereta remuk teruk dihimpit dua treler, wanita ini terselamat tanpa kecederaan

Kereta remuk teruk dihimpit dua treler, wanita ini terselamat tanpa kecederaan

Berpantang maut sebelum ajal. Begitu nasib seorang pembantu tadbir Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang terselamat apabila kenderaan dinaiki tersepit di antara treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang, Noor Aini Omar, 51, tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Hyundai Accent dipandunya remuk keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila wanita tersebut yang berada di lorong kiri telah mengubah haluannya ke kanan secara tiba-tiba bagi mengelak sebuah lori yang rosak di lorong kiri.

“Tindakan tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita bergesel dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 26 yang menuju di Pelabuhan Barat dari Shah Alam dan lori yang rosak itu.

“Akibatnya, kenderaan dipandunya remuk di keseluruhan badan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas Shamsul Amar, hasil siasatan terhadap kemalangan itu kemudiannya membawa pengeluaran pengeluaran saman Pol 257 kepada wanita tersebut.- FB

COMMENTS