Kereta masuk Kelantan catat kenaikan 20 peratus – Polis

Jumlah kenderaan masuk ke negeri ini didapati meningkat sebanyak 20 peratus selepas kerajaan memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) terhadap sektor tertentu bermula 9 September lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi kategori domestik atau pergerakan dalam negeri, jumlah kenderaan yang merentas daerah didapati meningkat hingga 50 peratus.

Kereta masuk Kelantan catat kenaikan 20 peratus - Polis

Shafien (kiri) melawat Siti Liah yang berusia 120 tahun di rumahnya di Telipot, Kota Bharu hari ini.

“Peningkatan terbabit berlaku ekoran semakin banyak kenderaan merentas daerah terutama untuk masuk ke Kota Bharu kerana kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin,” katanya selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas, Siti Liah Mamat, 120, di rumahnya di Telipot di sini hari ini.

Warga emas itu sebelum ini mencuri tumpuan dan pernah tular di media sosial kerana menjadi antara penerima vaksin Covid-19 tertua di negeri ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/kereta-masuk-kelantan-naik-20-peratus/

BACA JUGA : Panas !!! Kapal China masuk perairan negara, hampiri kapal kontrak Petronas

CATEGORIES