Kerap lalu tapi tak ramai tahu sejarah disebalik nama Raja Chulan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, nama Jalan Raja Chulan pasti tidak asing lagi.

Malah, orang luar wilayah ini pun pasti pernah mendengar namanya sekurang-kurangnya sekali.

Siapakah sebenarnya Raja Chulan dan apakah jasanya sehingga namanya diabadikan dalam sejarah?

Raja Chulan, yang sebenarnya bernama Tengku Abdullah bin Tengku Mahmud, lahir pada 1 Julai 1869 di Tanjung, Brambong.

Beliau menerima pendidikan awal di Malacca High School sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kerap lalu tapi tak ramai tahu sejarah disebalik nama Raja Chulan

Raja Chulan merupakan individu pertama dari Malaysia yang menyertai perkhidmatan awam dalam pentadbiran British, dikenali sebagai Malayan Civil Service (MCS) pada tahun 1890.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ahli Federal Law Committee pada tahun 1924, di mana beliau berperanan penting dalam mendesak British untuk menerima lebih ramai orang Melayu dalam MCS.

Selain itu, Raja Chulan juga terkenal dengan pendiriannya yang teguh dalam isu-isu semasa semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Beliau tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan pada masa itu untuk mengenakan cukai import terhadap petrol dan minyak tanah, yang akan membebankan rakyat jelata.

Sir Cecil Clementi, Pesuruhjaya Tinggi British, pernah menyifatkan bahawa tidak ada orang Melayu pada zaman moden yang mampu menandingi kesetiaan dan pengabdian Raja Sir Chulan kepada negara dan rakyatnya.

Raja Chulan dianggap sebagai perintis dalam pentadbiran awam orang Melayu pada zaman pemerintahan British. Gelaran ‘Bapa Penjawat Awam Malaysia’ tidak berlebihan untuk diberikan kepadanya kerana beliau merupakan individu pertama dari Malaysia yang menyertai MCS.

Dalam satu mesyuarat persekutuan pada tahun 1931, Raja Chulan mencadangkan pembentukan rejimen askar Melayu untuk mengukuhkan semangat kecintaan terhadap negeri di kalangan orang Melayu. Beliau juga dikenali sebagai peminat kereta, menjadi individu pertama di Tanah Melayu yang menggunakan kenderaan tanpa nombor pendaftaran, hanya dengan tulisan ‘Raja Di-Hilir’ di keretanya.

Penghargaan tertinggi yang diberikan kepadanya ialah KBE Knighthood (Knight Commander of the Order of the British Empire) oleh King George V pada tahun 1930.

BACA: “Walaupun body macam anak dara, suami tak pernah pandang aku sampai lama tak disentuh, tapi satu hari aku terjumpa suami simpan benda yang mencurigakan aku”