“Kerana warden, mak ayah buang aku sampai tak mengaku anak, tak pernah jumpa dah lepas SPM, ayah meninggal pun aku tak tahu”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Mak ayah langsung tak nak terima penjelasan aku dan mak tak mengaku aku ni anak dia. Mak ayah buang aku. Lepas je tingkatan 5 aku tak pernah jumpa mak ayah.

Sampai ayah meninggal pun aku tak tahu. Sekarang dah 13 tahun berlalu, aku nak lawan bersihkan nama aku.

Aku nak pegang tangan mak aku sama-sama pergi kubur ayah..

"Kerana warden, mak ayah buang aku sampai tak mengaku anak, tak pernah jumpa dah lepas SPM, ayah meninggal pun aku tak tahu"

Assalamualaikum semua. Aku pasti yang mengikuti page ni ramai yang berilmu dan berpelajaran, dan ramai yang pakar dalam bidang tertentu. Jadi aku betul betul nak pandangan, nasihat dan cadangan dari tuan puan semua.

Nama aku Arif, berumur 29 tahun, asal dari Negeri Sembilan. Okay, aku nak cerita ringkas, tapi cukup untuk tuan puan paham bagi menjawab soalan aku. Kisah ni berlaku masa aku di tingkatan 4, aku mula masuk sekolah berasrama.

Masih culture shock masa tu sebab dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 dah terbiasa sekolah harian. Okay dipendekkan cerita, pertengahan tahun tingkatan 4, kawan aku ajak balik tidur rumah dia masa minggu balik. Aku dah mintak izin mak ayah aku dan diorang okay.

Jadi masa aku duduk rumah kawan aku ni (dia pun pelajar asrama), dia ajak keluar minum waktu malam. Aku on je, kami keluar lepak. Tiba-tiba ada roadblock dan kami kena tahan sebab rupanya kereta tu bukan kereta kawan aku, tu kereta curi dan ada ecstasy.

Tak banyak tapi peduli apa banyak tak banyak, memang ke balai la. Kena buat urine test apa semua dan ambil keterangan lah. Akhirnya aku terlepas sebab aku tak tahu menahu pasal kereta tu dan urine aku clear. Kawan aku tu memang sangkut.

Aku boleh balik malam tu jugak dan mak ngah aku yang duduk dekat dengan area sekolah ambik aku kat balai dan tidur rumah dia sebab esoknya ahad, dah nak balik asrama. Sebenarnya banyak yang jadi lagi tapi ni aku dah cuba ringkaskan seringkas ringkasnya.

Ok, Ahad aku dah balik asrama, hari Selasa aku kena panggil dengan warden. Masuk je bilik prep kat aspura, Benda pertama sekali aku kena lempang. Aku dilempang sampai rasa telinga berdengung ye. Sebab warden lelaki tu badan memang besar gila.

Aku keding masa tu. Aku tak ditanya apa-apa, tak diberi peluang bersuara dan tak dinyatakan kepada aku pun apa kesalahan aku, aku terus kena lempang. Warden perempuan duduk peluk tubuh buat muka kerek. Jadi, aku tanya kenapa, terus ayat warden tu “berani kau main dadah??!! Tak ada lagi budak yang aku jaga berani main dadah!!”

Masa ni aku dah blur. Lepas tu dia tanya bertubi, “kau akui tak kau salah? Akui tak? Mengaku tak?” Aku memang terdiam sebab tak tahu lah kalau korang, tapi aku time tu memang tergamam. Bila lama aku diam, dia sambung, “saya akan keluarkan surat gantung asrama. Memalukan. Dan saya tak nak tengok muka awak kat sini tahun depan, tak kira betapa cemerlang prestasi awak”.

Ok guys, part ni aku lagi tak faham. Aku tak tau siapa bukak cerita kes malam tu kat warden. Dan apa kuasa dia untuk halang aku belajar kat situ? Maksud aku, warden ada kuasa menghalang pelajar meneruskan pengajian kat sekolah ke?

Benda tu pulak jadi masa minggu balik, dan mak ayah aku dah bagi kebenaran untuk tidur rumah kawan, jadi warden aku ada kuasa ke jatuh hukum untuk kejadian di luar waktu kuasa dia? Sepanjang digantung, mak bapak aku memang langsung tak hiraukan aku.

Mak aku mengamuk dan tak mengaku anak. Bapak aku langsung tak tengok muka aku sebab dia kecewa, aku anak sulung, lelaki pulak tu. Kiranya aku ni bukan contoh yang baik pada adik-adik. Mak ngah aku terangkan pun langsung diorang tak nak terima.

Habis je tempoh aku kena gantung, masa kat asrama, aku dibuli teruk. Pernah aku dibuli dan warden tu tengah buat spot check, dia nampak aku kena buli dan dia buat bodoh. Aku tekanan perasaan sampai pernah kelar tangan.

Aku tak tahan sangat dipulaukan dan dibuli masa tu. Satu hari, ada member aku, pelajar harian, dia sembang dengan aku. Dia kata, ada budak asrama sembang dengan dia, sebenarnya warden lelaki tu yang arahkan budak-budak asrama pulaukan aku.

Supaya bila aku tak ade kawan, aku akan keluar dari situ. Aku macam, what the heck? Sekarang umur aku dah 29 tahun. Kejadian tu masa aku umur 16. Dah 13 tahun. Mak bapak aku buang aku. Lepas form 5 aku dah tak jumpa diorang.

Bapak aku meninggal, aku tak dimaklumkan. Aku hilang keluarga atas punca yang bukan salah aku. Sebelum korang pelik kenapa mak bapak aku emo sangat dan takkan lah mak bapak tak maafkan anak, aku nak maklum ye, mak ayah aku sangat kuat agama dan sangat-sangat zuhud.

Diorang tak boleh terima mati-mati benda ni. Jadi soalan aku adalah:

1. Aku nak saman warden tu. Sebab menyebabkan kecederaan emosi dan fizikal, menjatuhkan hukum tanpa selidik atau siasatan yang telus. Punca juga aku dibuang keluarga. Masih boleh ke aku saman sebab dah 13 tahun dan ada potensi ke aku menang?

2. Aku nak saman juga guru kaunseling, sebab dia ada panggil aku untuk dikaunseling dan janji gila-gila semua tu sulit dan aku boleh percaya dia, bila aku tunjuk kesan kelar tangan bawah jam tangan aku, rupanya benda tu jadi bahan gelak dalam bilik guru. Dia pergi sebar kat cikgu-cikgu (sebab anak cikgu yang sekelas dengan aku cerita kat aku).

3. Siapa yang kerja sebagai guru, warden, guru kaunseling, peguam, pengetua, atau apa apalah yang boleh jawab ni, tolong komen. Aku akan pm untuk dapatkan proses nak mulakan semua ni.

In case korang tertanya kenapa lepas 13 tahun baru nak fight, sebab aku baru dapat kerja tetap masa umur 23. Saving selama 6 tahun ni aku rasa cukup untuk upah peguam sampai lah kes ni aku menang.

Kenapa aku nak menang? Supaya aku boleh jumpa mak aku sebelum aku mati. Supaya mak aku jalan pimpin tangan aku ke kubur ayah aku. Aku nak kepercayaan dia semula. Thanks semua, tolonglah bantu aku. – Arif

Komen Netizen :

Lya Lyana : Allah.. Adik cuba lah dulu jumpa emak sebelum bawa kes ke mahkamah. Tengok dulu penerimaan emak. Kalau emak dah boleh terima adik, lupakanlah kisah lama tu. Duit yang adik kumpul tu mungkin boleh guna ke arah lain macam belanja pegi umrah ke, derma ke.

Tapi kalau penerimaan emak negative, terpulanglah pada adik nak teruskan kes ni. Apa pun ini cuma pendapat akak saja.

Nurul Shahida Syabil : Susah sebab bukti-bukti mesti dah hilang kes da 13 tahun. Tapi boleh cuba sebab rekod kat balai polis mesti ada lagi kan. Dapatkan peguam cari rekod kat balai lagi bagus kalau cari pegawai yang handle dulu dengn kawan ko yang kena tangkap tu untuk kuatkan hujah ko tak salah.

Then medical report untuk buktikan ko dapat depression ko trauma sebab kes ni. Tapi bahagian asrama tu la susah sebab takde black n white. Tapi ape-ape pon ko try dulu bro. Pantang mundur kecuali operasi!

Norizan Mamat : Salam, Sedihnya..Hmmm..Makcik sampai sekarang sukar juga memaafkan orang yang memfitnah masa kecikkkkk dulu. Tambah dia rasa macam dia tak salah. Masuk dalam group wasap yang ada dia, sanggup makcik left.. Huhuhu..

Pengalaman dengan kaunselor pun buruk jugak. Benci plak ingatkan kaunselor univ ni. Hehehe..Ades..Tapiiii..Makcik syukur, di sebalik apa-apa dugaan yang kita hadapi, kita jadi lebih kuat, kan? Makcik doakan confessor berjaya jumpa mak dan mak tidak percaya fitnah berterusan.

Sukar juga nak percaya ada parent gini. Semoga berjaya walau dengan apa cara. Doa mahupun mahkamah.

Salwanis Iberahim : Teringat masa sekolah dulu, ada student jumpa guru kaunseling untuk share masalah. then masalah dia tu spread all over the school. tiba-tiba kena tindakan disiplin. kadang-kadang tak faham apa fungsi guru kaunseling.

Mungkin tak semua. Tapi masalah student bukan untuk jadi bahan guru-guru membawang. So kalau tt nak ambil tindakan undang-undang, sy sokong.

Nurul Nuna : Kesian bila baca kisah awak ni. Sebab parent buang anak atas sebab yang takde bukti yang kukuh pun. Kalau betul awak nak fight, jangan tanya guru-guru atau warden. For sure memang dorang akan support dorang punya koloni.

Better awak pegi jumpa peguam dan cerita sendiri secara berdepan. Itu lagi baik. Jangan tanya kat sini. Kalau kongsi cerita tu boleh. Dan saya setuju bila awak nak lawan balik sebab awak nak jumpa mak awak dan buktikan awak tak salah. Dan awak kena pastikan yang warden tu mintak maaf kat awak semula. Saya ucapkan semoga berjaya. Cariklah peguam ya.

BACA:“Masa awal kahwin, aku sorang je tanggung, suami susah kerja sebab warga asing, bila dia berjaya dalam bisnes, dia pasang skandal”