Kerana taksub ada yang sanggup membunuh dan merusuh

Kerana taksub ada yang sanggup membunuh dan merusuh

Taksub terhadap apapun dan siapapun amat berbahaya.

Kerana taksub ada yang sanggup membunuh dan merusuh.

Amat biasa sahaja, kalau kerana taksub orang sanggup memutuskan silaturrahim. Bahkan, kerana taksub ada yang membunuh saudara yang keluar dari rahim yang sama.

Tidak pernah ada dalam lipatan sejarah ‘adanya’ taksub yang celik, taksub amat sinonim dengan buta (hati perut dan fitrah).

Kerana taksub terhadap ‘amanat’ Banggol Peradong ada yang sanggup mengkafirkan bapa kandungnya sendiri. Salah bapanya apa? Kerana bapa tak ‘bersama’ dalam parti ‘Islam’ yang disertainya.

Entah anda percaya atau tidak?, Zainon Ismail pernah melakarkan kisah ‘benar’ itu lewat bukunya ‘KAFIRKAH AKU? ‘.

Zainon bin Ismail @ CN Al Afghani? Seorang bekas Cikgu, Al Afghani kerana pernah berada di Afghanistan, bekas wartawan. Saya tak tau di mana dia sekarang.

Terakhir yang saya tahu, dia ‘sanggup’ berkayuh ‘gerek mini’ dari Baling ke KL untuk menyertai HIMPUNAN RUU 355.

Sebagaimana tidak diketahui di manakah dan apakah khabarnya CN Al Afghani, demikian juga tak diketahui di manakah dan apakah khabarnya RUU 355.

Jangan taksub terhadap apapun dan siapapun.

Bacalah!!!
Fikirlah!!!

Sumber :

COMMENTS