Kerana Spongebob, ibu ini nekad bunuh anak sendiri undang reaksi netizen.
Justine Johnson, 22, seorang penagih dadah heroin yang mengalami simptom penarikan, menikam anaknya sehingga mati,
Dua hari selepas kanak-kanak malang itu menyambut hari lahirnya yang ketiga.
Dan dalang di sebalik pembunuhan itu ialah SpongeBob!
NYAWA ANAK KAU ATAU NYAWA KAU!
Ibu muda dari Michigan itu mendakwa terdengar suara SpongeBob dari peti TV mengarahkannya untuk membunuh Sutton Mosser, 3, sekiranya dia tidak mahu mati.
Dia yang ketakutan meluru ke dapur untuk mengambil pisau lantas menikam anaknya.
Mayat Sutton disumbat ke dalam beg sampah hitam sebelum dicampak di belakang rumah.
Mayat Sutton disumbat ke dalam beg sampah hitam sebelum dicampak di belakang rumah.
Johnson memberitahu Khidmat Perlindungan Kanak-kanak tentang halusinasi yang dialaminya akibat simptom penarikan heroin dan bagaimana dia tidak tidur selama dua minggu sebelum pembunuhan itu.
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) May 8, 2023
Johnson memberitahu Khidmat Perlindungan Kanak-kanak tentang halusinasi yang dialaminya akibat simptom penarikan heroin dan bagaimana dia tidak tidur selama dua minggu sebelum pembunuhan itu.
Adik lelaki Johnson, Knesley Johnson Jr berkata, dia tidak melihat sebarang kejanggalan pada kakak dan anak saudaranya pada 16 September 2021 ketika dia meninggalkan rumah untuk pergi bekerja.
“Malam itu, saya tanya adik saya, mana kakak dan Sutton,” katanya.
“Adik saya pergi mencari mereka dan ketika itulah dia ternampak kaki kanak-kanak terkeluar dari beg plastik sampah,” ujar Knesley.
Adiknya berkata pada pagi hari kejadian, dia berselisih dengan kakaknya di bilik mandi jam 6 pagi dan mengesyaki kakaknya ‘baru mengambil heroin’.
“Saya tanya mana Sutton, tapi dia jawab ‘Mind your own fucking business’. Saya tak rasa aneh sebab kakak memang selalu mencarut dengan kami.
Menurut laporan perubatan, terdapat kesan tikaman di leher, dada dan perut Sutton dengan satu kesan luka lebar yang mendedahkan ususnya.
NYAWA ANAK KAU ATAU NYAWA KAU!
Ibu muda dari Michigan itu mendakwa terdengar suara SpongeBob dari peti TV mengarahkannya untuk membunuh Sutton Mosser, 3, sekiranya dia tidak mahu mati.Dia yang ketakutan meluru ke dapur untuk mengambil pisau lantas menikam anaknya. pic.twitter.com/97X37aWvyB
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) May 8, 2023
Johnson dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 27 Mac 2023 kerana membunuh anaknya selepas mengaku bersalah pada Februari atas tuduhan pembunuhan dan penderaan kanak-kanak.
Johnson memberitahu hakim dia bergelut dengan masalah kesihatan mental sejak berusia 13 tahun.
Ketika insiden pembunuhan anaknya, dia sudah tidak mengambil sebarang preskripsi selama setahun dan mula mencari alternatif dengan menggunakan heroin dan methamphetamine.
“Saya mengalami halusinasi dan tidak sedar Sutton berada di bawah jagaan saya pada 16 September,” katanya.
“Saya menjalani terapi selama setahun lapan bulan untuk membantu saya menerima hakikat anak saya sudah mati dan juga merawat kesihatan mental saya,” kata Johnson.
1-Saya yakin polis sudah menjalankan penyiasatan sebaik mungkin
2-Saya kehilangan anak saya, dan sebagaimana setiap ibu mahukan keadilan untuk anak mereka, saya juga mahukan keadilan untuk Sutton. Sekiranya saya yang melakukan pembunuhan itu, saya mahu saya juga dihukum seperti orang lain. Dan itulah keadilan untuk anak saya. Saya memohon maaf kepada anak saya, keluarga saya, ibu saya dan mahkamah yang mulia ini di atas jenayah yang telah saya lakukan.
Johnson juga menyenaraikan DUA SEBAB mengapa dia mengaku bersalah:
BACA:
Tiada lagi Bukit St. Paul di Melaka? Kena runtuh ke? Ini cerita sebenar