Kerana mulut badan binasa, Hadi Awang disiasat Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman

Oleh INFORAKYAT

Kerana mulut badan binasa, Hadi Awang disiasat Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman. Bukit Aman akan menjalankan siasatan lanjut ke atas Presiden PAS,

Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pengakuannya ada usaha oleh Perikatan Nasional (PN) untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kerana mulut badan binasa, Hadi Awang disiasat Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman

“Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam, sebelum laporan itu dipindahkan ke IPD Sentul untuk tindakan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan pihak USJT,” katanya pada sidang media di IPD Sentul di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan kes itu susulan laporan polis yang dibuat terhadap Abdul Hadi semalam.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda AMANAH Nasional semalam, membuat satu laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa itu menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi berhubung isu berkenaan.

Laporan dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi di sini.

Sebelum ini media melaporkan, Abdul Hadi dilaporkan berkata, tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Beliau berkata, PN berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan meskipun ada yang meremehkan perkara itu.

BACA:

Majikan paling kedekut dalam dunia! Ingatkan terjadi di Zimbabwe rupanya di Malaysia, ini puncanya

“Kecoh nenek aku hilang masa tunai umrah, aku ingat dia sesat ke apa rupa-rupanya dia ikut ‘boyfriend’ bangladesh”

Sekali Johor pun ‘follow’ Selangor dan Terengganu, individu beri syarahan agama kena ada tauliah