Kerana inflasi yang melampau! Duit dah tiada nilai, urusan jual beli bayar dengan bawang

Oleh INFORAKYAT

Kerana inflasi yang melampau! Duit dah tiada nilai, urusan jual beli bayar dengan bawang.

Sebuah pasar raya, kreatif dalam menarik orang ramai dengan menawarkan pembayaran menggunakan bawang.

Japan Home Center, sebuah kedai P88 yang popular di Filipina, menerima bawang sebagai bayaran untuk produk pilihan mereka.

Kerana inflasi yang melampau! Duit dah tiada nilai, urusan jual beli bayar dengan bawang

Promosi tawaran ini hanya sah pada hari ini saja di cawangan Panay Avenue berhampiran Menara Victoria.

Pengguna boleh memilih sehingga tiga item untuk dibeli.

Sebiji bawang bersamaan dengan satu item.

Menurut jurucakap pusat itu, bawang yang dikumpul akan didermakan di pantri komuniti mereka.

Harga bawang melambung sehingga 800 peso (kira-kira RM63.49) sekilogram di beberapa kawasan di Metro Manila, pada musim cuti.

Pejabat Komunikasi Presiden dalam kenyataan akhbar berkata, harga bawang mungkin turun kepada 100 peso (kira-kira RM7.94) hingga 150 peso (kira-kira RM11.90) sekilogram.

Katanya, ia susulan bawang yang diimport, baru-baru ini, sudah tiba di negara ini.

Sebelum ini, suami isteri mengubah bawang itu menjadi jambangan bunga dan beberapa kru penerbangan menyeludup bawang ke negara itu.

BACa:

Pembelajaran cikgu ini terganggu dengan ’emotional damage’ sekali ini respon ‘owner’ suara

Pemuda ini ajar cara mudah buat mercun DIY yang ramai tak tahu, cara ini confirm tiada kes jari putus!