Kerana curi basikal kelaki digantung secara terbalik, dibelasah penduduk kampung

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang lelaki di kampung Bhakharpura, Gudha Malani, Rajasthan, India, mengalami nasib malang apabila digantung secara terbalik di atas pokok

Dan dibelasah oleh penduduk kampung yang menuduhnya terlibat dalam kegiatan mencuri basikal.

Insiden dramatik itu berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki tersebut sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan kecurian berasingan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada penghujung Disember.

Namun, beberapa hari selepas pembebasannya, dia sekali lagi dituduh oleh penduduk kampung terlibat dalam kes kecurian baharu, walaupun dia menafikan dakwaan tersebut.

Kerana curi basikal kelaki digantung secara terbalik, dibelasah penduduk kampung

Tidak puas hati dengan penafian lelaki itu, penduduk kampung bertindak menangkapnya.

Dalam aksi yang dianggap sebagai ‘pengajaran’, mereka menggantungnya terbalik di atas pokok sebelum membelasahnya dengan kejam.

“Penduduk kampung turut merakam kejadian itu dan video tersebut kini tular di media sosial,” ujar seorang saksi kejadian.

Kes ini kini dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar insiden serta mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

BACA: Budak 5 Tahun power matematik, kuasai bahasa Sepanyol dan Rusia