Kerana bom atom, 200 ribu orang jadi mangsa, ini kisah juruterbang yang meletupkan bandar Hiroshima
Pada awal 2:45 pagi 6 Ogos 1945, Jeneral Paul Tibbets (1915-2007) ditugaskan oleh Tentera Udara Amerika untuk satu misi yang bakal mengubah sejarah dunia itu.
Tibbets mengemudi sebuah pesawat pengebom B-29 yang dinamakan Enola Gay.
Ia telah diubahsuai khas untuk membawa bom atom. Bom atom tersebut tidak pernah diletupkan pada bandaraya sebenar, serta hal itu menjadikan ianya senjata eksperimen senjata yang paling berbahaya pada abad ke-20
Meletupkan Bandar Besar, Terkorban Lebih 200 Ribu Orang
Bom atom tersebut diberi nama ‘Little Boy’ yang mempunyai berat 4.5 Tan dengan keupayaan ledakan 15 kilotan.
Ia dimasukkan kedalam badan pesawat Enola Gay dan berlepas ke Tinian Island menuju Hiroshima.
Pada 6 Ogos 1945 jam 8:15 pagi, Bom atom diledakkan 600 meter diatas permukaan tanah untuk memaksimumkan kehancuran. Orang awam serta haiwan dibawah bebola ledakkan terus lesap serta merta akibat dari kepanasan yang terlampau ekstrim.
Tibbets yang menyaksikan lebih 200 ribu nyawa terkorban serta merta dibawahnya. Dia tergamam namun tidak menyesali perbuatannya itu. Tibbets sempat ditemuramah pada 2002 dahulu mengenai peristiwa itu.
“Saya berfikir, ya, kita akan bunuh ramai orang tapi dengan nama tuhan kita dapat selamatkan banyak nyawa”- katanya
Sehingga beliau meninggal dunia pada umur 92 tahun, pada tahun 2007 Tibbets yang nazak meminta ahli keluarganya supaya tiada batu nisan di pusara beliau.
Itu kerana, agar ahli keluarga mangsa Hiroshima tidak membalas dendam dengan merosakkan pusaranya. Jasadnya dibakar dan abunya ditaburkan di English Channel.
Info tambahan, Amerika Syarikat melepaskan Bom atom tersebut di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 & 7 Ogos, adalah sebagai bentuk pembalasan kepada Jepun kerana menyerang mereka terlebih dahulu pada 7 Disember 1941 yang lalu.