Kerajaan Timor Leste beri percuma tanah kepada kerajaan Malaysia, rupanya ini motif disebalik pemberian tanah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Malaysia telah dianugerahkan tanah seluas 0.6 hektar oleh kerajaan Timor-Leste sebagai simbolik

untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau menjelaskan bahawa tanah tersebut boleh digunakan untuk

pembinaan Kedutaan Malaysia serta pelbagai kegunaan lain untuk rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste.

Beliau yang sedang menjalani lawatan rasmi ke Timor-Leste selama tiga hari bermula Rabu lalu, berkata bahawa semasa lawatan tersebut,

Kerajaan Timor Leste beri percuma tanah kepada kerajaan Malaysia, rupanya ini motif disebalik pemberian tanah

beliau telah bertemu dengan Presiden José Ramos-Horta, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão, dan beberapa pemimpin lain.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan tersebut memberikan peluang kepada Malaysia dan Timor-Leste untuk mengembangkan potensi kerjasama dan meneroka bidang-bidang baru yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk tumpuan kepada sektor-sektor tertentu seperti pembangunan desa, perumahan, industri halal, pengembangan sektor pelancongan yang semakin berkembang, serta usaha Timor-Leste untuk menjadi anggota baru dalam ASEAN,” katanya.

Beliau yang mengakhiri lawatan rasminya hari ini menambah bahawa usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala juga telah dilakukan. Ahmad Zahid mencadangkan supaya TradeInvest Timor-Leste dilaksanakan untuk menjalankan misi perdagangan dan pelaburan ke Malaysia bagi meneroka peluang pelaburan yang berpotensi untuk manfaat kedua-dua negara.

Sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid juga menyatakan bahawa Malaysia, melalui Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), komited untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Timor-Leste di bawah rangka Kerjasama Selatan-Selatan. Setakat ini, 781 peserta dari Timor-Leste telah dilatih dalam pelbagai kursus dan program bantuan teknikal yang ditawarkan.

“Selain itu, Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan menjemput pemimpin dan pegawai kerajaan Timor-Leste yang terlibat secara langsung dalam pembangunan luar bandar untuk datang ke Malaysia, bagi menawarkan peluang kepada mereka untuk melakukan kajian kes dan menimba pengalaman Malaysia dalam pembangunan luar bandar,” tambahnya.

Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa kejayaan lawatan rasmi ini turut disaksikan melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Timor-Leste bagi penubuhan pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara tersebut.

“UniKL juga bersedia menawarkan biasiswa kepada 50 pelajar Timor-Leste yang layak untuk melanjutkan pengajian Master dan PhD di institusi tersebut,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Timor-Leste yang merayakan Ulang Tahun Referendum ke-25 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) meminta wakil Halal Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu usaha komuniti Islam di Timor-Leste dalam mewujudkan badan pensijilan halal sendiri bagi mengembangkan potensi halal di negara berkenaan.

BACA: Uqasha Senrose tampil bela diri, dedah perangai bekas PA – “Pakai baju tidur orang”