Kerajaan tak jadi apungkan harga ayam, bakal umum harga siling baharu

Kerajaan tak jadi apungkan harga ayam bakal umum harga siling baharu

Kerajaan tak jadi apungkan harga ayam, bakal umum harga siling baharu.Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Dengan keputusan tersebut, kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain,” jelasnya.

Sebelum ini, kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan mulai 1 Julai susulan kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, ia mendapat tentangan ramai pihak yang ingin kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tarif elektrik dan air yang baharu susulan tekanan dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barang serta pandemik COVID-19.

Sementara itu, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan selepas penamatan subsidi pada 30 Jun ini.

Kerajaan tak jadi apungkan harga ayam, bakal umum harga siling baharu

Menurut Perdana Menteri, harga siling baharu akan diumumkan masa terdekat.

“Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam mulai 1 Julai ini.

Ia dijangka akan mengakibatkan harga ayam meningkat apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun 2022.

Mengikut rekod, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM8.90 sekilogram.

Manakala ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pula pada harga RM9.90 sekilogram.

Baca Juga : Kereta dah tak laku, merosot 12 peratus jualan
Kj beri amaran gelombang baharu Covid-19 datang dalam waktu terdekat
Perbadanan Kraftangan Malaysia nak ambil pekerja secara besar-besaran, gaji sehingga RM10K

CATEGORIES