Kerajaan Selangor wujudkan Portal Pendidikan bantu pelajar asnaf mohon biasiswa

Kerajaan Selangor wujudkan Portal Pendidikan bantu pelajar asnaf mohon biasiswa

Dalam memastikan tiada kelompok yang ketinggalan, Kerajaan Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor telah mewujudkan Portal Pendidikan secara dalam talian untuk memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin, Muallaf, gharimin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara dalam talian.

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat LZS. Kami di Kerajaan Selangor berharap usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf dalam mencapai pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri yang mampu mengubah nasib keluarga.

Seramai lebih 16,000 pelajar asnaf dan miskin telah dibiayai untuk pengajian luar dan dalam negara dalam pelbagai bidang serta fakulti.

Untuk pengetahuan umum, wang Zakat Selangor telah dimanfaatkan untuk membiayai pengajian tinggi pelajar asnaf dan fakir miskin sejak tahun 2008.

#SelangorMajuBersama

Sumber :