Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40

Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40 M40

Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40. Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) memperkenalkan inisiatif Prasekolah Khas Anis secara percuma untuk anak istimewa di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, prasekolah khas pertama yang dibangunkan oleh kerajaan negeri itu bertujuan menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan bagi anak berkeperluan khas.

“Prasekolah khas inj memfokuskan murid dalam kategori masalah pembelajaran termasuklah autisme, Sindrom Down, Attention Deficits Hyperactive Disorder (ADHD) dan Global Developmental Delay (GDD) berumur lima dan enam tahun.

“Antara syarat kelayakan ditetapkan untuk permohonan adalah warganegara Malaysia, ibu, bapa/ penjaga atau menetap di Selangor minimum 10 tahun, golongan B40 atau M40 serta murid pernah mengikuti Program Intervensi Awal selama minimum setahun.

“Inisiatif ini juga bertujuan membina penanda aras kepada pengusaha tadika di Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi anak berkeperluan khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40

Dr Mariah berkata, murid prasekolah khas ini bakal mengikuti kelas intervensi awal selama empat hari seminggu dalam tempoh masa empat jam setiap hari.

“Pada pertengahan dan penghujung sesi persekolahan, murid akan menerima laporan komprehensif meliputi perkembangan dan prestasi sepanjang menjalani intervensi.

“Ibu bapa dijemput membawa anak istimewa menghadiri prasaringan kemasukan ke Prasekolah Khas Anis di Karnival Pusat Anis.

“Karnival akan diadakan pada Sabtu ini, 6 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di Pra-Sekolah Pusat Anis, Jalan Plumbum 7/100A, Seksyen 7, Shah Alam.

“Pendaftaran awal boleh dibuat melalui borang berikut, https://bit.ly/3ShFTwN. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang https://www.anisselangor.com/pusatanis,” katanya.

BACA:

Tun Mahathir tubuh pakatan politik melayu-islam baru

Rakam curi-curi wanita gelek di balkoni, ‘Shuk tak berubah lagi ke?’ – Netizen

Restoran hidang tikus ‘crispy’ buat anak tekak jadi mual

CATEGORIES