Kerajaan sedia pakej bantuan MY50, mohon sekarang. Kerajaan umum pakej bantuan MY50 untuk memudahkan rakyat yang berada di bandar.
Pakej ini merangkumi kemudahan pengangkutan awam dengan bajet yang sangat rendah untuk rakyat nikmati. Berikut merupakan butiran lanjut :-
Apakah itu Pakej Perjalanan My50?
My50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.
Untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang
Untuk Kuantan, My50 tidak boleh diggunakan untuk servis Rapid Kuantan.
Siapakah yang layak memohon untuk Pakej Perjalanan My50?
Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah layak membeli My50 di Lembah Klang dan Pas Mutiara untuk Pulau Pinang.
Bagaimanakah cara memohon Pakej Perjalanan My50?
Tempoh permohonan: Produk ini tersedia untuk pembelian dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022
Dokumen yang diperlukan: Perlu mengekalkan nilai dompet minimum sebanyak RM55 di dalam MyKad/MyTentera anda
- Anda boleh membeli pas My50 dari Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL yang terletak di:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen LRT MRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Hab Bas RPID KL tertentu:
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Pyramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
- Kiosk Rapid Penang tertentu:
- Komtar
- Weld Quay (Termial B)
- Penang Sentral
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dat’ kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
- Cara membeli Pas My50 di Lembah Klang:
Sila pastikan MyKad atay MyTentera anda mempunyai fungsi Touch ‘n GoBawa MyKad atau MyTentera anda ke Kaunter Perkhidmat Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas dan tambah nilai minimum RM55 ke dalam MyKad atau MyTentera anda terlebih dahulu. Jika nilai dompet anda tidak mencukupi, anda perlu memuatkan semula jumlah minimum RM60 ke MyKad atau MyTentera anda. Selepas ditolak yuran tambah nilai RM0.50, RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch ‘n Go anda. Baki tidak akan ditolak sebaik pas anda telah diaktifkan, melainkan anda menggunakannya untuk transaksi lain (tol, kedai runcit, tempat letak kereta, dll);
Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin “aktifkan” atau mula menggunakan pas. Pas My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pas pintu dan akan dianggap sebagai Hari 1. Anda juga boleh meminta pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas.
Apabila anda memilih untuk pembaharuan automatik My50 anda, anda boleh memuatkan semula MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go anda di mana-mana premis atau kedai runcit dengan kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go pada bulan-bulan berikutnya. Sila pastikan jumlah dalam nilai dompet anda dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pas diperbaharui secara automatik.
Cara membeli Pas My50 Mutiara di Pulau Pinang
Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana hab bas atau kiosk terpilih di Pulau Pinang yang dinyatakan di atas untuk membeli Pas My50 Mutiara untuk Pulau Pinang.
Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin “aktifkan” atau mula menggunakan pas.
Pas My50 Mutiara akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pembaca kad bas apabila anda menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang. Anda juga boleh meminta pembaharuan automatik di mana-mana hab bas terpilih di Kuantan sahaja. Perkhidmatan pembaharuan automatik untuk Rapid Penang masih tidak tersedia.
BACA:
Negara tengah berperang, Presiden Ukraine dikritik hiasi muka depan majalah ‘Vogue’
Sampai terkucil Black Hanifah nyanyi depan Tun M, “gabra sangat la tu..”