Kerajaan PN sahkan Tabung Haji bukan dikuasai bukan Islam

Kerajaan PN sahkan Tabung Haji bukan dikuasai bukan Islam

Perdana Menteri sewaktu menjawab soalan lisan Datuk Seri Dr mujahid Yusof Ahli parlimen Parit Buntar yang juga bekas menteri agama menyatakan Tabung Haji tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.

Soalan lisan Mujahid berbunyi : Minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan jumlah aset terkini Tabung Haji. Adakah benar Kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset Tabung Haji dan membiarkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam.

Jawapan yang diterima adalah seperti berikut :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan terkini aset Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78.0 bilion dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion.

Selaras dengan perlaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, asetaset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh Kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dr Mujahid sewaktu menjawat jawatan sebagai Menteri Agama teruk dihentam oleh pemimpin Umno dan Pas kononnya telah menggadai Tabung Haji kepada orang bukan Islam.

Terbukti hari ini fitnah yang dilontarkan kepada beliau tidak berasas dan pelan pemulihan yang dilkasanakan terhadap Tabung Haji berjaya menambah nilai aset Tabung Haji berbanding liabiliti.

Sumber : https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR13072020.pdf

 

COMMENTS