Apa sebenarnya dasar atau polisi luar negara kerajaan Pakatan Nasional?

Apa sebenarnya dasar atau polisi luar negara kerajaan Pakatan Nasional?

Pelantikan Dato Sri Hj. Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri telah menarik berbagai komen terutamanya atas sebab kesesuaian waktu perlantikan semasa Negara tertekan berkrisis perlu berjimat.

Menambahkan lagi bilangan yang amat tinggi 70 orang Menteri sedia ada adalah susah untuk di terima rakyat.

Saya amat hairan komen ahli Majlis Tertinggi Umno, Fathul Bari Mat Jahya, yang menyatakan pelantikan Hj. Hadi boleh memperbaiki hubungan yang ‘merosot’ dan ‘bermasalah’ sebelum ini di bawah Kerajaan PH.

Kenyataan berniat jahat tersebut bagaimanapun tidak memberi perincian sebenar apakah ‘masalah’ dan ‘kemerosotan’ tersebut.

Adakah penarikan keluar tentera Malaysia yang terlibat operasi perang Yaman dari bumi Arab Saudi di antara ‘masalah’ yang di maksudkan? Kalau jawapannya ya, mengapakah Umno atau Pas sepatah pun tidak membantah penarikan pulang ATM kita di sidang Parlimen?

Sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH semasa kami PH belum menjadi kerajaan kami telah berkali-kali di Parlimen membantah penglibatan secara senyap ATM bersama sekutu lain Arab Saudi, iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Peranchis, dalam misi serangan ke atas Yaman seperti terkandung dalam laporan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 241 muka. Kerajaan BN-Umno tidak mengakui penglibatan tersebut dan Pas pula membisu.

Adalah agak aneh dalam masa Hj Hadi dalam suratnya ke Kepimpinan Negara Negara Islam-Arab baru-baru ini beliau menuduh PH berkerjasama dengan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjatuhkan Tun Mahathir tetapi Pas tidak pula membantah kerajaan BN- Umno berada dalam sekutu Arab Saudi dan Amerika menyerang Yaman sebuah negara Islam yang kecil.

Kenyataan Haji Hadi terbaru melalui Al Jazeera pula menyatakan sebagai Duta Khas ke Timur Tengah beliau akan meneruskan dasar Tun Mahathir semasa PH memerintah.

Soalannya, apa sebenarnya dasar atau polisi luar negara kerajaan Pakatan Nasional sendiri?

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/kerajaan-pn-bakal-jadi-tidur-sebantal-mengigau-lain-lain/