Kerajaan PH telah setuju hukuman lebih berat pemandu mabuk, terbantut oleh ‘Langkah Sheraton’

Kerajaan PH telah setuju hukuman lebih berat pemandu mabuk, terbantut oleh ‘Langkah Sheraton’

Saya bersetuju dengan pendirian YB Tuan Ibrahim. Itu sebabnya saya menyahut seruan beliau pada bulan Januari lepas dan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet pada 29 Januari 2020.

Kabinet ketika itu sudah bersetuju secara prinsip untuk mengetatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk dan mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk menggubal pindaan Rang Undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saya tak sempat untuk membentangkan pindaan RUU tersebut di Parlimen namun saya berharap agenda itu akan diteruskan oleh kerajaan sekarang.

Semua pihak perlu mengambil pendirian “zero tolerance” terhadap pemandu mabuk. Period.

Ini isu nyawa manusia yang merentasi pendirian politik. Saya akan bangun menyokong pindaan RUU tersebut apabila dibawa ke sidang Parlimen kelak.

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail.

Sumber:

COMMENTS