Kerajaan PH Selangor kukuh, kata Menteri Besar

Kerajaan PH Selangor kukuh, kata Menteri Besar

Kedudukan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) kukuh sekalipun berdepan kemungkinan serangan politik bertali arus, kata Dato’ Menteri Besar.

Mengulas senario politik di Kedah melalui wacana yang disiar secara langsung Facebook malam tadi, Dato’ Seri Amirudin Shari yakin keadaan sedemikian tidak akan berlaku di negeri ini berikutan situasinya jauh berbeza.

“Namun saya yakin Selangor kekal. Kalau (ada pihak) mahu ubah kerajaan (negeri) mereka kena laburkan wang besar untuk tarik 16 ADN (Ahli Dewan Negeri),” kata pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Dalam wacana itu, Amirudin turut menegaskan sokongan Ahli Dewan Negeri (ADN) tidak berubah, bahkan pemimpin PKR, DAP, Amanah dan sebahagian Bersatu rapat.

Namun, beliau mengakui serangan politik mungkin berlaku tetapi pemimpin PAKATAN di Selangor sedia mendepani perkara itu.

“Ini bukan hanya berlaku di Kedah dan Perak sahaja. Selangor juga akan diserang bertali arus atau akan ada hujahan palsu dibangkitkan untuk rosakkan kredibiliti kerajaan negeri,” jelasnya.

Selasa lalu, ADN Lunas, Azman Nasrudin dan ADN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, kedua-duanya dari PKR, keluar parti dan menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dewan Negeri Selangor diwakili 21 wakil daripada PKR, DAP (16), Amanah (lapan), Bersatu (lima), Umno (lima) dan Pas (satu).

Namun, dua ADN PKR dipecat dan menjadi wakil rakyat bebas manakala empat ADN Bersatu mengisytihar sokongan kepada PAKATAN.

Selain Amirudin, wacana post Covid-19: Quo Vadis Anak Muda Malaysia kendalian Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji di Perak iaitu Howard Lee Chuan How turut disertai Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berita Penuh :https://selangorkini.my/2020/05/mb-selangor-kukuh-mampu-depani-serangan-politik/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

COMMENTS