Kerajaan pertimbang SOP lebih ketat, tunggu pengumuman PM

Kerajaan pertimbang SOP lebih ketat, tunggu pengumuman PM

Kerajaan sedang mempertimbangkan prosedur operasi piawai (SOP) lebih ketat untuk mengawal penularan Covid-19.

Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan segera yang perlu diambil.

“Ini termasuk pertimbangkan SOP yang lebih ketat dilaksanakan terutama di sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan.

“Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat yang amat berhormat perdana emnteri dalam masa terdekat,” katanya.

Kes Covid-19 di Malaysia semalam telah melepasi angka lebih 3,000 kes buat pertama kalinya.

Menurut unjuran Kementerian Kesihatan, Malaysia akan merekodkan peningkatan kes sehingga 8,000 sehari pada akhir Mei, jika kadar jangkitan (R-naught atau kebolehjangkitan) terus berada pada tatap 1.1.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558159

COMMENTS