Kerajaan perlu menetapkan keperluan ujian RT-PCR atau RTK-Ag bagi urusan harian dan pekerjaan

Kerajaan perlu menetapkan keperluan ujian RT-PCR atau RTK-Ag bagi urusan harian dan pekerjaan

Tan Sri DG Noor Hisham Abdullah memberikan saranan keperluan menggunakan RTK-Ag untuk pengesahan ujian saringan COVID-19. Terdapat juga informasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth berkenaan kedua-dua jenis ujian ini.

Kedua-dua ujian ini digunakan bagi tujuan yang sama mengikut keadaan tertentu dan melibatkan kos dan masa untuk mendapatkan keputusan yang berbeza. Ia juga bergantung kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan ujian dalam menentukan kos dan masa untuk mengeluarkan keputusan. Kos bagi RT-PCR lebih tinggi dan masa untuk mendapatkan keputusan juga lebih lama. RTK-Ag lebih rendah kosnya dan masa untuk medapatkan keputusan lebih kurang 1 jam.

Saya sendiri perlu melakukan ujian sebelum memasuki premis hospital swasta kerana mengikut prosedur yang ditetapkan. Mana-mana pengunjung yang datang dari zon kuning atau merah perlu melakukan ujian sebelum memasuki premis. Terdapat juga premis-premis pekerjaan yang menetapkan prosedur yang sama kepada semua pelawat yang datang dari zon kuning dan merah dan kos perlu ditanggung oleh majikan.

Terdapat juga keadaan dimana pekerja yang terdedah kepada risiko COVID-19 samada kontak rapat atau kategori kontak yang memerlukan membuat ujian saringan. Menjadi satu beban kepada majikan dan juga pekerja yang perlu menanggung kos serta menunggu masa sehingga disahkan negatif. Kekeliruan timbul bagi menentukan samada menggunakan ujian RT-PCR atau RTK-Ag. Malah ada yang tidak diberi pilihan dan ditetapkan hanya RT-PCR sahaja yang boleh diterima sebelum mereka boleh masuk ke premis atau meneruskan kerja mereka. Lebih membebankan mereka perlu buat ujian saringan berulang kali kerana terdedah kepada risiko COVID-19 terutama pekerja hospital atau klinik swasta. Kekeliruan juga timbul apabila pekerja asing diberikan kelonggaran dengan menerima subsidi dari Perkeso untuk jenis ujian RTK-Ag tetapi pekerja tempatan hanya diberikan pemgecualian cukai pendapatan. Pekerja berpendapatan rendah terpinggir dari inisiatof ini.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan kerajaan perlu melihat keadaan dengan menetapkan keperluan ujian satingan mengikut jenis ujian ini bagi mengurangkan beban kos yang ditanggung rakyat dan pekerja yang terdedah kepada risiko COVID-19. Prosedur dan penetapan jenis ujian yang berbeza menyukarkan urusan seharian samada untuk bekerja atau pun urusan peribadi di premis yang menetapkan prosedur ujian saringan.

Ridhuan Esa
Pemuda AMANAH Tenggara
22 Januari 2021