Kerajaan perlu bayar pendahuluan RM94.08 juta untuk vaksin Covid-19 – Menteri

Kerajaan perlu bayar pendahuluan RM94.08 juta untuk vaksin Covid-19 – Menteri

Keputusan Malaysia menyertai fasiliti vaccine global Access (COVAX) bakal membabitkan kos kira-kira AS$22.6 juta atau RM94.8 juta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia merangkumi bayaran pendahuluan dan jaminan perkongsian risiko.

“Jemaah Menteri pada 14 Oktober lalu bersetuju Malaysia menyertai fasiliti COVAX yang bakal memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10 peratus populasi Malaysia.

“Jemaah Menteri juga bersetuju Kementerian Kesihatan (KKM) mewakili kerajaan untuk memuktamadkan perjanjian itu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkaitan kos dan peranan yang perlu diambil Malaysia dalam COVAX.

Menurutnya, Jabatan Peguam Negara juga ditugaskan untuk menyemak terma serta syarat perjanjian ditetapkan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation’ (GAVI).

“Selepas proses semakan dibuat, Jemaah Menteri memutuskan pada 13 November lalu supaya Malaysia melalui KKM memuktamadkan penyertaan dalam COVAX dengan menandatangani perjanjian ‘Optional Purchase Arrangement’,” katanya.

Katanya, pada masa ini Malaysia menerusi KKM dan GAVI sedang memuktamadkan tarikh bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110919/BERITA/Nasional/Vaksin-Malaysia-perlu-bayar-pendahuluan-RM9408-juta

COMMENTS