Kerajaan jangan diskriminasi MP PH dalam mengagihkan bantuan

Kerajaan jangan diskriminasi MP PH dalam mengagihkan bantuan

Kelewatan memberi kelulusan kepada wakil rakyat bagi mengambil bungkusan makanan disediakan kerajaan untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai tidak sepatutnya berlaku. Apa lagi kalau sengaja melengah-lengahkan pembahagian itu apabila menyedari wakil rakyat berkenaan daripada pembangkang.

Dalam situasi “daruarat” sepatutnya kerajaan memastikan pengagihan dilakukan dengan adil dan saksama tanpa mengira parti atau pun kaum dan juga agama.

Apa didedahkan oleh ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai terdapat hampir 700 bungkusan disediakan kerajaan untuk dibahagikan kepada rakyat masih tersadai di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Bungkusan itu disediakan untuk dibahagikan kepada rakyat sebagai bantuan Covid-19.

Menurut wakil rakyat DAP itu beliau sudah mendapat banyak permohonan daripada rakyat, tetapi kerana belum ada kelulusan maka beliau tidak dapat mengambilnya untuk diagihkan kepada rakyat.

Sebelum ini ada laporan mengatakan 54 kawasan parlimen diwakil pembangkang masih belum menerima bantuan berkenaan untuk diagihkan kepada rakyat.

Janganlah kerana beliiau wakil rakyat pembangkang dan daripada DAP pula maka ia didiskriminasi kerana yang susah dan menderitanya rakyat. Tidak elok kalau ketika saat Allah turunkan bala tetapi kita masih belum insaf dan terus ingin berpolitik.

Muhyiddin Yassin dan Menteri Agama yang dikira sedikit mempunyai ada perasaan kemanusiaan patut menyiasat dan jika betul berlaku kejadian itu hendaklah menegurnya.

Sesiapa sahaja bertanggungjawab dengan kelewatan itu patut disumpah laknat, kerana jelas mereka bertanggungjawab itu tidak ada perasaan kemanuisaan langsung. Trims.

Sumber:

COMMENTS