Kerajaan gagal lepasi undi di Parlimen, tewas 2 undi

Kerajaan gagal lepasi undi di Parlimen, tewas 2 undi.Usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat petang ini.

Hanya 84 ahli parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju dalam proses undi belah bahagi tersebut. Seramai 50 orang lagi ahli parlimen tidak hadir.

Kerajaan gagal lepasi undi di Parlimen, tewas 2 undi

Ini bermakna, subseksyen berkenaan – yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret – tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022

Terdahulu, usul itu dikemukakan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, sebelum dibahaskan oleh 19 orang ahli parlimen.

TONTON :

BACA LAGI: 

Idea ‘genius’ pemuda guna seluar hitam jadikan blazer tarik perhatian

Suami gay antara penyumbang kes cerai di Malaysia

Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon ‘pedas’ Tuan Ibrahim

CATEGORIES