Keputusan UNESCO ini berjaya membangkitkan kemarahan kerajaan Israel, rupanya ini UNESCO buat

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Jawatankuasa Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),

semalam mengundi bagi menyenaraikan tapak arkeologi Tell es-Sultan di Jericho sebagai Tapak Warisan Dunia di Palestin.

UNESCO melalui akaun rasminya di X, menyatakan keputusan itu dibuat pada persidangan yang diadakan di Riyadh.

Keputusan UNESCO ini berjaya membangkitkan kemarahan kerajaan Israel, rupanya ini UNESCO buat

Keputusan itu kemudiannya disambut baik pihak berkuasa Palestin, namun menimbulkan kemarahan Israel.

Tapak berkenaan yang terletak di Jericho, iaitu di Tebing Barat yang diduduki Israel menempatkan tinggalan pembangunan sejak millennium kesembilan Sebelum Masihi (SM).

Kementerian Hal Ehwal Luar Pihak Berkuasa Palestin melalui kenyataan semalam, mengalu-alukan keputusan itu dan memujinya sebagai pengisytiharan terhadap kepentingan budaya, ekonomi dan politik Jericho.

Katanya, ia juga bukti terhadap pembangunan manusia 10,000 tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Antikuiti Palestin, Rula Ma’ayah, menekankan kepentingan keputusan berkenaan dengan menyifatkan tapak terbabit sangat berharga dan sebahagian penting kepelbagaian warisan Palestin.

“Nilai sejagat yang luar biasa bagi tapak itu melayakkannya menjadi satu daripada Tapak Warisan Dunia,” katanya melalui kenyataan kepada CNN.

Namun, Kementerian Luar Negeri Israel menolak keputusan itu dengan mendakwa tindakan terbabit sebagai satu lagi tanda tindakan sinis Palestin terhadap UNESCO dan mempolitikkan organisasi itu.

Terletak di Lembah Jordan, Jericho terletak di antara Sungai Jordan di timur dan Yerusalem di barat.

Pada tahun 2010, Jericho diraikan sebagai bandar berdinding tertua di dunia sejak Zaman Batu Moden

BACA: “Semua berubah bila PKP mula, gaduh-gaduh sikit tu biasa la rumahtangga, aku tak pernah jangka isteri buat hal, dia kantoi curang dengan client..”