Kepatuhan SOP rakyat Kelantan menurun

Kepatuhan SOP rakyat Kelantan menurun

Kepatuhan rakyat Kelantan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkurangan kepada 90 peratus sejak seminggu lalu, berbanding sebelum ini 95 peratus.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata kebanyakan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di kedai makan.

“Jika sebelum ini tahap kepatuhan SOP rakyat negeri ini sehingga 95 peratus. Namun samakin berkurangan kepada 90 peratus. Bukan mereka tidak tahu SOP, namun sengaja tidak mengendahkan perkara itu.

“Jika di pasar raya kita boleh melihat mereka perlu menjalankan pemeriksaan suhu namun jika dilihat di kawasan luar bandar di kedai makan, mereka bergembira bertepuk tampar seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Perlu diingat bahawa kita masih dalam operasi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan tindakan saman serta kompauan masih boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas yang dipengerusikan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, setiap hari masih ada tangkapan atau kompaun dilakukan terhadap individu yang melanggar kesalahan.

“Sejak PKP dilaksanakan sehingga semalam, seramai 900 tangkapan dilakukan membabitkan pelbagai kesalahan,” katanya.

Berita penuh:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/706490/rakyat-kelantan-makin-kurang-patuh-sop

COMMENTS