Kentang cepat ada lebam hitam? Ini 4 cara nak elakkan

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Bagi peminat kentang mesti perasan lepas kupas kulit dan biarkan ia seketika di luar mesti kentang tu dah bertukar warna dan ada kesan hitam.

Kadang tu ada je yang buang guna pisau tapi kalau dah banyak sangat maka ke dalam tong sampahlah ia.

Rupanya ada cara nak atasi kentang hitam ni, ikuti perkongsian pengguna Lemon8, Puan Syuhaida.

“Anda perasan takkentang lepas dikupas dia akan berubah warna menjadi hitam?

Ini kerana selepas pengoksidaan kentang tindak balas dan menjadi warna coklat kebiruan.

Kentang cepat ada lebam hitam? Ini 4 cara nak elakkan

“Ubi kentang mengandungi vitamin B, A ,C, kalsium, potassium, zat besi, protein dan serat.

“Ubi kentang juga dapat memelihara keanjalan kulit, melambatkan proses penuaan, bantu atasi masalah kulit berjerawat, hilangkan lingkaran bawah mata dan bantu buang sel kulit mati.”

Cara atasi kentang hitam
1. Rebus

Rebus seketika ia dalam air mendidih. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang suka masak dalam kuantiti yang banyak.

2. Rendam ais atau air

Boleh gunakan air dengan ais atau air biasa sahaja. Ini adalah cara paling kerap digunakan bila masak kentang.

Pastikan air ditukar apabila ia bertukar menjadi keruh.

3. Rendam air garam

Kupas terlebih dahulu kesemua kentang dan rendam ia dalam air garam, jangan lupa gosok permukaan kentang juga.

4. Rendam dalam cuka

Jika garam sudah habis di rumah, maka boleh gunakan cuka.

Caranya senang sahaja, masukkan ia ke dalam air yang dicampur cuka, jangan lama sangat agar kentang tak bertukar warna.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kalau kena memang sakit, rupanya ini penyebab sebenar jerawat boleh tumbuh di telinga