Kenderaan bawa Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman

Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis dilihat keluar daripada kawasan kediamannya di Bukit Damansara pada jam 9.03 pagi ini.

Difahamkan beliau akan menuju ke Publika bagi mengadakan satu mesyuarat bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Terdapat lebih 10 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul bermula jam 8 pagi bagi membuat liputan dan situasi semasa di kawasan kediaman beliau.

Pada Sabtu, Muhyiddin turut mengadakan perjumpaan di kediamannya bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

muhyiddin

Selain itu, beberapa kenderaan dipercayai milik menteri turut dilihat tiba di kediaman Presiden Bersatu itu antaranya Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Selain itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut kelihatan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155656/BERITA/Nasional/Kenderaan-bawa-Muhyiddin-keluar-kediaman-pagi-ini

 

BACA JUGA :

Gempar !!! Pemimpin Umno dedah Muhyiddin sudah hantar surat letak jawatan

Najib ingatkan MP Umno agar kembalilah, akar umbi sedang marah

Panas !!! Pemimpin Bersatu memenuhi rumah Muhyiddin, semua membisu

CATEGORIES