Kenapa ya orang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin sampai bila-bila? Rupanya ini cara mereka berfikir

Oleh INFORAKYAT

Kenapa ya orang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin sampai bila-bila?

Rupanya ini cara mereka berfikir/Kenapa sesetengah orang yang sudah kaya raya, kekal kaya?

Apa kelebihan mereka Pasti anda pernah terfikir persoalan itu.

Kenapa ya orang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin sampai bila-bila? Rupanya ini cara mereka berfikir

Pasti anda juga pernah mempersoalkan kenapa kita yang sudah kuat berjimat cermat berbelanja, masih sukar untuk berubah menjadi kaya.

Semakin kaya

Satu teori ringkas cuba menjawab persoalan ini dengan cara yang mudah difahami semua.

Teori beza perspektif kaya miskin yang popular

Satu teori barat yang sering dijadikan perbandingan mudah berkenaan ‘ketidakadilan’ kewangan masyarakat, adalah Boots Theory of Socioeconomic Unfairness atau ‘Teori Ketidakadilan Sosio-Ekonomi Berasaskan Kasut.’

Teori ini asalnya diambil daripada karya fiksyen tulisan penulis Terry Pratchett dalam bukunya yang berjudul ‘Men at Arms’ yang diterbitkan dalam tahun 1993.

Dalam novel itu, watak bernama Kapten Samuel Vimes mempersoalkan mengapakah berlakunya perbezaan besar di antara kemampuan individu berpendapatan rendah dan tinggi berbelanja.

Buah fikiran itu membawa kepada perbandingan kemampuan untuk seseorang petugas perang dalam mendapatkan kasut yang sesuai.

Kapten Vimes berpendapat seorang askar yang berkemampuan, mampu mendapatkan sepasang kasut yang berharga lebih tinggi sementara seorang yang kurang berkemampuan, akan berusaha mendapatkan kasut yang lebih murah nilainya serta kualitinya.

Menurut Kapten Vimes, kasut yang lebih mahal mampu bertahan lebih lama berbanding kasut yang murah.

Ini menyebabkan seseorang yang berkemampuan hanya perlu mengeluarkan belanja sekali, bagi mendapatkan kasut yang baik.

Bagi askar miskin, kasut yang dibelinya walaupun jauh lebih murah – perlu diganti dalam tempoh waktu tertentu disebabkan bahannya yang kurang berkualiti.

Proses penggantian ini pula boleh berlaku berulang kali, sehinggakan kos untuk mendapatkan kasut murah oleh si miskin akhirnya melebihi kos untuk membeli kasut berkualiti oleh si kaya, yang tidak perlu menggantikan kasut miliknya dalam tempoh masa panjang.

Nampak asas idea itu?

Benarkah murah lebih murah untuk jangka masa panjang?

Teori itu mempersembahkan kepada pembaca satu idea mudah bahawa ada kemungkinan disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang untuk berbelanja lebih – dia akhirnya perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar.

Adakah teori ini ada kebenarannya? Memang ada asasnya.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, penulis serik untuk membeli kasut dan sandal yang lebih murah (walaupun berjenama) kerana besar kemungkinan alas kaki itu perlu diganti lebih awal.

Kebiasaannya sandal dipakai penulis yang berharga RM60 perlu ditukar selepas 6 bulan.

Setelah penulis cuba sekali saja membeli sandal berharga lebih RM200, cuba anda teka berapa lama sandal itu bertahan? 3 tahun!

Mungkin anda boleh mempertikaikan pendapat penulis ini, namun realitinya orang berkemampuan bukan saja dapat mengurangkan keperluan untuk mereka lebih perlu kerap keluar duit – bahkan mereka juga mampu meminimakan masa yang perlu diluangkan untuk keluar membeli barangan.

Kos perjalanan untuk ke kedai atau kompleks beli belah sekiranya kita gunakan contoh sandal penulis, dapat dikurangkan sekiranya kita hanya perlu ke sana 1 kali untuk 3 tahun berbanding 6 kali untuk 3 tahun.

Aplikasikan teori ini ke dalam hidup anda

Selain kasut, penulis suka untuk menggunakan contoh kereta bagi lebih memperjelaskan teori ini.

Seseorang yang kurang mampu, berkemungkinan besar memilih untuk membeli kereta terpakai berbanding kereta baru.

Walaupun harga lebih rendah, dia dalam masa yang sama menanggung risiko kondisi kereta yang tidak diketahui apa keadaannya kecuali dia membeli dari individu yang dikenalinya.

Sekiranya nasib dia baik, berbaloilah kenderaan yang dibelinya – namun acapkali kita mendengar rungutan pemilik kereta terpakai yang perlu mengeluarkan belanja bagi memperbetulkan kenderaannya yang akhirnya menelan dana besar. Kos pembaikian saja satu bab.

Bahagian perkakasan enjin yang sudah lusuh akibat usia juga lebih cepat perlu diganti berbanding kenderaan baru. Silap-silap penjimatan yang diharapkan berlaku, akhirnya bertukar menjadi belanja lebih besar cuma tidak ramai menyedarinya kerana masih membayangkan penjimatan awal semasa membeli kereta.

Kita juga belum mengambil kira pandangan orang ramai yang mahu berjimat ketika membeli kereta pertama, tetapi setelah berkeluarga terpaksa pula cepat menukar kereta disebabkan oleh keperluan-keperluan pertambahan ahli keluarga baru yang ada serta perlunya ruangan yang lebih luas.

Murah tidak semestinya berbaloi

Halangan utama untuk kumpulan pertengahan dan bawahan dalam menangani masalah keperluan berbelanja lebih ini, adalah untuk mendapatkan modal awal yang mencukupi.

Tidak semua orang yang kurang berkemampuan sanggup mengeluarkan modal besar dalam membeli kualiti, walaupun kualiti lebih baik membolehkan penjimatan di kemudian hari.

Lagipun kita yang kais pagi makan pagi ni pun pasti sedar masih banyak desakan hidup lebih penting yang memerlukan belanja diperuntukan, menutup opsyen untuk kita mendapatkan kualiti.

Itulah gunanya menyimpan – tetapi bagaimana nak menyimpan kalau kasut kita dah licin, tak mampu menggigit jalan kan?

Kami yakin ramai di luar sana yang mempunyai pemikiran seperti penulis, gemar mencari sesuatu yang ‘bargain’, lebih kerap berbelanja membeli barangan murah serta merasakan apa yang murah dan berbaloi, benar-benar berbaloi.

Tanggapan itu ada masanya benar, ada masanya salah sama sekali.

Cuba anda lihat sendiri kehidupan anda dan cari di manakah situasi sebegini boleh diperbaiki. Mungkin anda tidak menyedari tabiat anda dalam cuba menjimatkan belanja, sebenarnya memerlukan anda mengeluarkan belanja dan membuang masa dengan lebih kerap.

Rancanglah pembelian berdasarkan penjimatan masa panjang

Satu contoh yang paling jelas – adalah bagaimana tabiat makan kita.

Ada pihak sanggup membayar lebih untuk makan di restoran yang lebih ‘upscale,’ kerana tak nak beratur sendiri membeli makanan. Ada yang sanggup beratur beberapa kali, untuk membeli makanan dan minuman demi penjimatan.

Persoalan di sini – adakah berbaloi penjimatan yang dapat kita lakukan, seandainya pengalaman kita makan itu, adalah sesuatu yang menyusahkan?

Apabila kita kurang berkemampuan, kita akan meletakkan sekatan mental kepada diri kita sendiri dalam menganalisis situasi sebegini dengan lebih terbuka.

Sekiranya kita dapat membuka sedikit minda, pasti anda dapat menerima pendapat kadangkala tak berbaloi untuk anda terlalu kedekut dan cuba berjimat setiap masa.

Struggle sikit untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berkualiti, sebenarnya tak mengapa. Yang penting tahan lama.

Tak percaya? Cubalah beli sesuatu yang agak berkualiti, lebih mahal berbanding range harga biasa anda tetapi masih kena dengan bajet anda.

Mungkin nanti anda akan tersedar – orang kaya kekal kaya, kerana mereka sebenarnya jarang lokek mengeluarkan belanja. Sementara kita yang lokek, berterusan merugikan diri kita.

BACA:

“Aku ceraikan bini pertama dengan harapan bini kedua sama macam dia, rupanya tidak sekali ini dia buat belakang aku”

Tokey bundle ini jackpot seluar bundle Levi’s berusia 140 tahun, harga cecah RM500K!