Kenapa ya? 2 sekolah cina ini ramai murid kaum Melayu berbanding Cina? Ini sebabnya

Oleh INFORAKYAT

Kenapa ya? 2 sekolah cina ini ramai murid kaum Melayu berbanding Cina? Ini sebabnya.

Isu sekolah vernakular memang hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi sekarang pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) ni masih menjadi tanda tanya.

Ada juga yang mengatakan sekolah vernakular ni menghalang penyatupaduan bangsa sebab murid ni dipisahkan ikut bangsa dan sistem ni sangat outdated serta tak sesuai dengan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Kenapa ya? 2 sekolah cina ini ramai murid kaum Melayu berbanding Cina? Ini sebabnya

Dr Sivapalan Selvadurai dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati sekolah vernakular ni mendapat sokongan kuat sebab sesetengah pihak yang risau akan kehilangan identiti budaya mereka.

Jadi mereka bertekad untuk mempertahankan sekolah-sekolah ni dari ditutup melalui persatuan-persatuan yang mereka wakili. Contohnya, masyarakat Cina ada Dong Jiao Zong untuk mempertahankan sekolah vernakular Cina, supaya anak-anak bangsa Cina boleh kekal sekolah kat situ.

Tapi korang percaya tak kalau kitorang cakap yang 1 daripada 5 murid di sekolah Cina bukan berbangsa Cina?! Data Kementerian Pendidikan juga menunjukkan antara 2010 dan 2014, pendaftaran murid bukan berbangsa Cina ni meningkat lebih dari 20%. Kalau nak dibandingkan dengan sekolah kebangsaan yang 90% muridnya berbangsa Melayu, nampaknya sekolah Cina ni lebih ‘kebangsaan’.

Malah ada beberapa sekolah Cina yang lebih ramai murid bukan Cina dari yang berbangsa Cina. Contohnya di SJK (C) Chung Hua Batu 10 di Kuching dan SJK Chung Hua Debak. Jadi kenapa mak ayah sekarang lebih suka hantar anak mereka ke sekolah Cina ni? Sebab makanan kantin dia best ke?

Kami tanya sendiri 4 murid bukan Cina kenapa mereka sekolah Cina?

Nak dapatkan jawapan, kami pergi tanya sendiri orang-orang ni.

Antaranya adalah bekas intern CILISOS, Natasya Khoo. Dia ni kacukan Cina, Melayu dan India dan pernah pergi tadika Cina sebelum bersekolah di Penang Chinese Girls High School. Ini disebabkan ayah dia menyesal sebab tak sempat belajar Mandarin, jadi dia tak nak anaknya macam dia.

“Mula-mula, saya memang tak suka sebab rasa lost. Saya tak faham apa yang orang lain cakap. Tapi ianya memang membantu bila tahu cakap bahasa lain dan rasa seronok bila tengok reaksi orang bila tahu saya boleh cakap Mandarin.” – Natasya Khoo

Lagi sorang nama dia Ezra Pritivi, berbangsa India dan pernah bersekolah di SJK (C) Chen Moh di Petaling Jaya. Mak ayahnya mahukan dia mendapat pengalaman tentang budaya lain. Dia menyatakan pengalaman peribadinya yang dipulaukan oleh rakan sekelas sebab dia ‘lain’.

“Tapi lama-lama, saya dah mula buat banyak kawan dan adapt dengan budaya ni. Saya rasa sangat bagus sebab ini membuatkan saya lebih bertoleransi dan bersungguh dalam mencuba perkara baru.” – Ezra Pritivi.

Seorang ayah berbangsa Melayu juga menghantar kesemua 4 anak-anaknya ke tadika dan sekolah rendah Cina sebab mahukan mereka belajar bahasa baru, dan juga mendedahkan mereka dengan budaya yang baru. Anak sulungnya, Izyan Saihah yang pernah sekolah di (SJK (C) Khe Bang dan SJK (C) Chung Hwa) beritahu kami bagaimana ayahnya percaya yang belajar Bahasa Mandarin ni berguna untuk masa depan, memandangkan ia dah jadi bahasa universal sekarang.

Akhir sekali, kami berborak dengan Hanie Farah, yang merupakan kacukan Cina dan Melayu. Dia pernah bersekolah di SJK (C) Sin Hua di Seremban sebab ibunya percaya yang sekolah Cina mempunyai sistem pendidikan dan disiplin yang lebih bagus.

“Paling susah di sekolah Cina ni adalah jumlah kerja rumah yang saya kena buat setiap hari, tapi ia merupakan latihan yang bagus disebabkan saya jadi lebih berdisiplin semasa menyiapkannya.” – Hanie Farah

Awal tahun ni, China Press pernah melaporkan yang sistem pendidikan Cina di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia! Apsal pulak eh?

Pertamanya, mak ayah diberikan pilihan untuk mendaftar anak mereka di mana-mana sekolah Cina. Sekolah vernakular Cina ni dah wujud sejak 1923 lagi tau, apabila Sekolah Chung Ling mula dibuka di Pulau Pinang. Tapi ada segelintir kita tak tahu dalam sekolah Cina pun ada kategori dia sendiri, iaitu Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan sekolah persendirian.

SBK ni ni merupakan sekolah yang ditanggung separa atau sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka menggunakan kurikulum kebangsaan dan mengambil peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM. Sekolah persendirian ni pula ada kurikulum dia sendiri dan merupakan sekolah swasta. Silibus dan buku teks mereka digubal oleh Dong Zong. Mereka juga ada SPM versi mereka sendiri, yang dipanggil UEC.

Tapi masalahnya, setakat ni kerajaan masih belum mengiktiraf UEC sebagai kelayakan pra universiti seperti SPM, walupun ianya diiktiraf oleh universiti swasta di dalam dan luar negara. Kementerian Pendidikan menyatakan ini kerana UEC ini berbeza dengan standard silibus kebangsaan dan bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan telah mendapati yang sekolah vernakular Cina berupaya untuk menjadi sekolah aliran perdana dalam masa 10 tahun lagi.

“Kajian kami mendapati yang dalam 10 tahun, sekolah vernakular Cina berpeluang menjadi sekolah aliran perdana disebabkan ramai ibu bapa enggan mendaftarkan anak mereka di sekolah kebangsaan.” – Prof Dr Teo Kok Seong, melalui Free Malaysia Today.

Kalau nak tahu, setakat ni ada dalam 527,453 pelajar sekolah rendah yang mendaftar di SJK (C). Untuk sekolah menengah pula, jumlah pelajar yang mendaftar adalah sebanyak 193,304 iaitu hanya 10% dari jumlah pelajar di seluruh sekolah menengah di Malaysia.

Kalau rasa tu sikit, korang patut tengok sekolah vernakular Tamil. Walaupun ada 523 SJK (T) di Malaysia, tapi kebanyakannya tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti komputer dan perpustakaan. Mereka juga tak ada langsung sekolah menengah vernakular India, kalau nak dibandingkan dengan sekolah Cina yang ada 81 SMJK (C).

Tak macam kaum Cina yang ada Dong Zong, kaum India tiada persatuan khas untuk mewakili pendidikan vernakular Tamil, ini menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk menterjemah kurikulum kebangsaan kepada bahasa Tamil.

Klik imej ni untuk baca artikel kami pasal kenapa tak ada sekolah menengah Tamil di Malaysia. Imej dari smsanews
Tapi ini tak bermakna yang orang tak nak pun sekolah menengah Tamil ni. Pada 2013, Lim Guan Eng sendiri pernah hantar 3 surat permohonan pada kerajaan (masa ni BN) untuk meminta sebuah sekolah menengah Tamil ditubuhkan di Pulau Pinang. Malangnya permintaannya ditolak sebab tak ada undang-undang yang mewajibkan penubuhan sekolah menengah Tamil.

Di luar China, kita merupakan negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina paling lengkap di dunia!
Kan tadi kitorang cakap sistem pendidikan Cina bertaraf dunia kan?

Setakat pada tahun 2017, Malaysia merupakan SATU-SATUNYA negara di luar China dan Taiwan yang mempunyai sistem pendidikan paling lengkap di dunia! Rakyat boleh memilih memulakan pendidikan acuan Cina dari tadika sehinggalah sampai ke universiti, tanpa mengira bangsa.

Antara universiti Cina yang terkemuka di Malaysia adalah Universiti Xiamen (XMU) di Sepang. Dibuka pada Januari 2016, XMU merupakan kampus universiti dari China yang pertama di Malaysia yang ditubuhkan atas persetujuan mantan PM kita, DS Najib Razak dan Presiden China, Xi Jinping pada 2013.

“Penubuhan XMU Kampus Malaysia merupakan satu detik yang bermakna dari segi hubungan dua hala. Ini merupakan kampus luar negara pertama yang diluluskan oleh kerajaan China.” – mantan PM Najib, melalui the Star.

Universiti Xiamen ni mula ditubuhkan di Fujian, sebuah wilayah di China pada tahun 1921. Korang tahu tak pengasas dia orang Malaysia?! Tan Kah Hee merupakan ahli perniagaan Malaysia yang terkemuka pada abad ke-20.

Selain Universiti Xiamen, dia juga merupakan pengasas Nanyang Siang Pau, sebuah syarikat akhbar pada 1923 dan masih beroperasi sampai sekarang! Dia sangat dikenali dengan sifat dermawannya, kerana mendermakan berjuta-juta kepada Universiti Malaya dan Kolej Raffles Singapura.

Bercakap pasal dermawan, untuk XMU ni, Robert Kuok pun menderma sebanyak RM135 juta untuk pembinaan universiti ni! Alah berapa lah sangat kan bagi dia? Menurut China Press lagi, penubuhan Universiti Xiamen ni mengukuhkan lagi jaminan yang Malaysia merupakan antara negara yang terbaik dari segi pendidikan Cina.

Tiada sekolah vernakular lagi di Singapura, tapi masih ada polisi dwibahasa


Tapi bagaimana dengan Singapura? Mereka kan ada lebih ramai kaum Cina, sepatutnya lebih bagus dari kita la kan?

Walaupun kita mempunyai sejarah penjajahan yang serupa, sistem pendidikan kita rupanya sangat berbeza dengan mereka. Di Singapura, sekolah vernakular Cina dan Melayu sudah tiada sejak tahun 80-an. SEMUA SEKOLAH di sana menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Tapi mereka masih ada polisi pendidikan dwibahasa yang masih mengajar bahasa ibunda iaitu Tamil, Cina dan Melayu, dan ia adalah subjek wajib.

Meskipun sekolah Cina semakin popular, masih ada juga segelintir ibu ayah yang menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa khabar angin yang mengatakan betapa sukarnya sekolah Cina dengan gurunya yang garang, suasana yang suka bersaing dan kerja sekolah yang bertimbun.

“Beban kerja sangat banyak, dan suasana bersaing dalam kelas menyebabkan stress. Semua murid cuba untuk menjadi terbaik dalam kelas. Secara mental, ia memberi kesan kepada saya. Setiap markah ekstra diambil kira.” – Daniel Mak, melalui South China Morning Post

Namun dengan keadaan ekonomi China yang mantap, semakin ramai ibu ayah mahukan anak mereka mempelajari Bahasa Mandarin supaya mereka kelak boleh bersaing untuk mendapatkan kerja di China atau syarikat-syarikat multi-nasional.

Bagi kaum Cina di Malaysia, mereka masih mempunyai pilihan budaya dengan kebanyakan mereka mahu kekal berhubung dengan asal-usul mereka. Tapi macam kami katakan, masih ada yang menentang sistem vernakular ni atas dasar ianya memisahkan bangsa dan mengabaikan bahasa kebangsaan.

Selain itu, sekolah vernakular juga dikatakan menjadi punca penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin merudum di kalangan murid sekarang. Apa-apapun, semua perkara dalam dunia ni ada baik dan buruknya.

Jadi pandai-pandailah kita membuat pertimbangan yang wajar. Jangan sampai identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum hilang ditelan zaman.

BACA:

“Aku ni tengah struggle berpantang sibuk nak cek anak kuning, sana sini bengkak rupanya laki aku bengkakkan hati aku pulak!

Sedia Menu Rahmah Siswa, peniaga di Universiti awam dan Politeknik dikecualikan bayar sewa kedai