Kenapa tarikh tahun baru cina berubah-ubah? Ini sebab ramai nak tahu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kenapa tarikh tahun baru cina berubah-ubah? Ini sebab ramai nak tahu

Kenapa Tarikh Tahun Baru Cina Berubah-ubah, Tak Tetap Macam Tarikh Tahun Baru Lain? Ini Sebabnya

Setiap tahun, masyarakat Cina di seluruh dunia akan menyambut perayaan Tahun Baru China.

Kenapa tarikh tahun baru cina berubah-ubah? Ini sebab ramai nak tahu

Tahun ini, perayaan yang turut dikenali sebagai festival musim bunga akan disambut pada 22 Januari di Malaysia.

Warga dunia sememangnya sudah arif dengan sambutan tahun baharu yang biasa disambut pada 1 Januari setiap tahun dan tarikh sambutan ini tidak berubah.

Ini kerana, tahun baharu berkenaan disambut berdasarkan kalendar Gregorian atau disebut juga sebagai kalendar matahari.

Jadi, sudah tentu anda tertanya-tanya kan, kenapa tarikh sambutan Tahun Baru Cina berubah-rubah setiap tahun dan tidak tetap seperti tarikh sambutan tahun baharu yang lain?

Mengapa tarikh Tahun Baru Cina biasanya jatuh pada sekitar hujung Januari dan awal Februari
Berbeza dengan kalendar Gregorian, Tahun Baru Cina disambut mengikut kalendar lunar ataupun boleh disebut sebagai kalendar bulan.

Dalam kalendar Gregorian, bulan-bulan dikira mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari, kalendar lunar pula bulan-bulan dikira berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Mengikut kalendar lunar, hari pertama bulan dikira bermula daripada fasa new moon.

Selain itu, jumlah hari dalam kedua-dua kalendar ini juga berbeza dengan kalendar lunar mengandungi sebanyak 354.37 hari, berbanding 365 hari dalam kalendar Gregorian, iaitu perbezaan kira-kira 10.63 hari. Bagi memastikan perbezaan jumlah hari kedua-dua kalendar ini tidak menjadi terlalu jauh, kalendar lunar akan menambah bulan ke-13, sekali setiap 32 atau 33 bulan.

Sebab itulah, jika anda melihat tarikh Tahun Baru Cina menggunakan kalendar Gregorian, tarikhnya berubah-rubah setiap tahun.

Namun yang menariknya, sambutan perayaan ini sentiasa jatuh pada tarikh diantara 21 Januari sehingga 21 Februari.

Secara tradisional, tempoh cuti bagi sambutan ini akan berlanjutan sehingga 23 hari. Namun ketika ini, cuti umum yang diberi ditetapkan oleh negara masing-masing. Ada beberapa negara yang memberikan cuti umum selama tujuh hari bagi sambutan ini.

BACA: “Aku pelik gaji isteri kecik je tapi dia punya belanja macam gaji RM10,000, rupa-rupanya ini kerja isteri buat tiap-tiap malam, patutlah..”