Kenapa tak boleh guna duit yang ada kesan dakwat, rupanya ini fungsi dakwat tu
Sebelum ini kita digemparkan dengan kes letupan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam pada 23 Febuari lepas.
Setakat ini, pihak polis telah menahan tiga rakan subahat disyaki terlibat dalam kes letupan ATM berkenaan semalam.
Pernah tak anda terfikir, apakah wang yang dirompak tidak boleh dijejaki seperti mengesan melalui nombor siri dan sebagainya?
Sebenarnya, mesin ATM pada hari ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang mampu menyebabkan wang yang dicuri menjadi tidak bernilai.
Sepanjang anda berurusan jual beli, pernahkah anda melihat wang kertas yang terdapat kesan dakwat yang sangat ketara?
Jika ya, tahukah anda bahawa wang tersebut mungkin atau boleh jadi wang hasil rompakan dari mesin ATM. Lebih mengejutkan, wang tersebut langsung tidak mempunyai nilai walaupun jumlah nilai masih dapat dilihat.
Sistem Neutralisasi Wang Kertas Pintar (Inteligent Banknotes Neutralisation System, IBNS) merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk melindungi wang kertas dengan membuatkan ia tidak dapat digunakan oleh penjenayah.
Berdasarkan sistem ini, ia akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengenalpasti wang kertas yang dirompak daripada mesin ATM.
Biasanya, pek dakwat digunakan untuk melindungi wang kertas ketika insiden rompakan bank berlaku. Ketika wang tersebut cuba dirompak, dakwat tersebut akan dirembeskan dari pek dan meninggalkan kesan pada wang berkenaan.
Selain dakwat, agen pelekat seperti turut digunakan sebagai alternatif untuk menghilangkan nilai barangan berharga ketika ia dicuri dari penjenayah.
Wang kertas yang telah dineutralisasikan tidak boleh digunakan seperti wang kertas biasa. Ia boleh dikaitkan dengan bahan bukti kegiatan jenayah serta memerlukan prosedur yang ketat untuk menukarkannya di insititusi kewangan.
Hal ini telah mejadikan tindakan mencuri wang kertas berkenaan sebagai perbuatan yang tidak berbaloi dan tidak praktikal.
Menurut perkongsian pengguna Twitter, semua ATM di seluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini.
Oleh itu, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, mesin tersebut secara automatik akan menyemburkan dakwat kepada semua wang kertas yang berada dalam mesin berkenaan.
Bagaimana pula dengan letupan? Kalau sistem tersebut hancur berkecai, sistem tersebut tidak dapat berfungsi lagi kan?
Apabila ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya , mesin tersebut akan mengeluarkan dakwat kepada semua wang kertas yang berada dalam mesin berkenaan.
Walaupun ATM sudah diletupkan, usaha penjenayah berkenaan dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia kerana ‘habuan’ tidak dapat digunakan langsung.
Malah, tindakan menrompak mesin ATM ini lebih mendedahkan mereka kepada mata-mata pihak berkuasa.
Bagi pengusaha premis perniagaan, khususnya peniaga-peniaga kecil, jangan sesekali menerima wang kertas yang mengandungi dakwat daripada pelanggan.
Boleh jadi, wang tersebut merupakan bukti kegiatan jenayah dan menyebabkan anda menanggung kerugian disebabkan ia sudah tidak mengandungi apa-apa nilai.