Kenapa semua produk makanan mi segera dipanggil Maggi walaupun dikeluarkan dari syarikat lain?
Hari ini Maggi boleh dikatakan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia sangat mudah dan cepat untuk dimasak.
Malah bagi pelajar, Maggi adalah peneman terbaik dikala susah berbanding teman wanita sendiri.
Rapatnya rakyat Malaysia dengan Maggi ni sehinggakan semua jenis mi segera dipanggil Maggi.
Ramen bernasib baik kerana tidak turut dipanggil Maggi.
Jenama lain macam Mi Sedaap, Indo Mi dan Mamee semuanya dibantai kena panggil Maggi.
Padahal Maggi ini bukan setakat mi segera sahaja malah terdapat beberapa produk lain seperti sos, serbuk perasa dan paste. Persoalannya kenapa boleh jadi begitu?
Sebenarnya, panggilan Maggi kepada semua jenis mi segera adalah sangat tepat dengan visi dan misi pengasas jenama ini.
Hal ini kerana pengasas iaitu Julius Maggi menubuhkan Maggi adalah untuk membantu golongan pekerja ketika era revolusi perindustrian memasak makanan dengan cepat.
Menariknya, produk pertama bukanlah mi segera tetapi adalah sup kacang. Julius Maggi berpendapat sup kacang tersebut akan membantu golongan pekerja mendapat nutrisi seimbang biarpun tanpa masakan yang kompleks.
Julius Maggi
Di Malaysia pula, Maggi muncul dengan sos tomato dan cili sebagai produk pertama. Beberapa tahun selepas itu barulah Maggi muncul dengan produk mi segera. Mi segera daripada Maggi hadir ke
Berbekal tiga jenis target pelanggan tersebut, sedikit demi sedikit Maggi mula sinonim sebagai mi segera di minda rakyat Malaysia. Di samping itu nak sebut perkataan “mi segera” itu memang agak sukar, frasa Maggi adalah yang terbaik. Jadi bermula dari situlah mi segera mula dikenali sebagai Maggi.
Sekarang ni cuba bayangkan kalau Maggi tidak memasuki pasaran Malaysia. Rasa-rasanya panggilan apa yang akan kita gunakan untuk mi segera?
BACA:
“Ayah saya dah ceraikan dia”, Jurulatih bola sepak terkenal ceraikan isteri kedua?