Kenapa sektor ekonomi dibenar beroperasi penuh, sidang Parlimen diberi sehari?

Kenapa sektor ekonomi dibenar beroperasi penuh, sidang Parlimen diberi sehari?

Beberapa sektor dibenarkan beroperasi, dengan syarat memenuhi beberapa peraturan dalam PKP. Tidak masuk akal Parlimen hanya boleh bersidang satu hari.

Gesaan Pembangkang agar diadakan persidangan paling kurang dua hari dengan diadakan beberapa peraturan keselamatan yang bersesuaian dengan PKP adalah lojik dan munasabah agar masalah negara di dalam menghadapi COVID-19 serta membincangkan apakah langkah2 terbaik yang kerajaan boleh lakukan bagi menghadapi Pasca COVID-19.

Muhyidin selaku PM tidak patut melayani perasaan ketakutan yang amat sangat di dalam menghadapi persidangan Parlimen pada 18 Mei nanti. Anwar adalah pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak akan tergamak menganggu pemerintahan kerajaan pintu belakang sekarang di dalam keadaan negara dilanda wabak serius ini.

Anwar tidak serakus kamu yang sanggup khianat tanpa menghiraukan keadaan negara ketika itu. Bukan sekarang masanya untuk PH merampas kembali mandat rakyat yang kamu rompak walaupun itu satu tugas dan kewajipan PH.

Justeru itu, Muhyidin tidak perlu fobia dengan persidangan Parlimen. Persidangan Parlimen selama satu hari seolah2 mempersendakan fungsi parlimen. Jangan takut jika kamu yakin kerajaan yang kamu rampas dari rakyat itu mempunyai kekuatan.

WFAUZDIN NS

Sumber:

COMMENTS