Kenapa Presiden Pas dianggap manusia paling ‘lalang’ dalam dunia politik, ini sebabnya

Oleh INFORAKYAT

Kenapa Presiden Pas dianggap manusia paling ‘lalang’ dalam dunia politik, ini sebabnya. Kemelut politik dalam PAS ni boleh dikatakan sepanjang tahun berlaku.

Sekarang ni kita boleh lihat apa yang berlaku kepada Muafakat Nasional (MN) sekarang. Dikatakan Gagasan MN ni dah macam “hidup segan mati tak mahu“, sekejap aktif sekejap tak aktif.

Ini berpunca daripada sikap ‘ego‘ dan ‘menjaga bulu sendiri‘, tiada kerjasama antara satu sama lain, masing-masing boleh dikatakan gila kuasa. Kemungkinan pada PRU-15 akan datang, MN ni dah terkubur gamaknya.

Kenapa Presiden Pas dianggap manusia paling 'lalang' dalam dunia politik, ini sebabnya

PAS ni dikatakan sudah tidak hidup selepas pemergian Tuan Guru Nik Aziz. PAS yang sekarang ni ramai anggap sebagai ‘parti lalang’, nak tahu apa sebabnya? Yang pertama…

1. Hadi Awang mahu Najib kekal menjadi Perdana Menteri

Semasa DS Najib mula terpalit dengan skandal 1MDB dan Lembaga Tabung Haji, ramai orang dari pelbagai pihak mendesak dia supaya meletakkan jawatan secara serta-merta.

Masa ni, Tun M pun masuk campur juga la, dia suruh DS Najib ni letak jawatan atas alasan demi kesejahteraan UMNO dan negara. Dia berkata:

“Sekiranya Umno mahu diselamatkan sudah tiba masanya untuk menukar kepimpinan parti itu. Siapa yang akan menggantikannya terpulang kepada Umno tetapi beliau harus letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan ‘What Youth Should Know’ di sini Sabtu. Saya tidak marah.

Saya hanya fikirkannya demi negara kita. Saya berdiam diri sejak beberapa tahun tetapi sekarang saya sudah melepasi tempoh senyap saya. Negara kita terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik. Tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang akhbar luar negara melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup.” – Tun M, dipetik dari mStar.

Akan tetapi, Hadi Awang membantah desakan perletakkan jawatan DS Najib dan dia menyokong agar Najib kekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Walaupun Najib terpalit dengan pelbagai skandal tetapi Hadi Awang bertegas supaya jangan ikut desakan itu, lebih-lebih lagi desakan dari Tun M. Seluruh pihak perlu memberikan peluang kepada Najib untuk selesaikan isu dia.

“…Kaedah mendesak meletak jawatan apabila berlakunya sesuatu isu adalah budaya politik yang amat jijik dan memalukan serta menampakkan ahli parti tidak patuh kepada amalan demokrasi…” – Hadi Awang, dipetik dari Berita Harian.

2. Hadi Awang sokong Tun M sampai habis penggal PRU-14

Ingat lagi tak time Tun M jadi Perdana Menteri kali kedua, alaa… sampai orang kata ‘Malaysia baharu’ tu, haa… ingatkan. Korang tahu tak, masa tu PAS dan Hadi Awang mengekalkan sokongan terhadap Tun M sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Masalah negara bukan masalah peribadi, sebab itu bagi PAS, biar Dr Mahathir memimpin lagi sehingga tamat penggal. Beliau sendiri dapat mengendalikan urusan (negara) ini dan kita perlu seorang Perdana Menteri yang boleh diterima majoriti Ahli Parlimen.” – Hadi Awang, dipetik dari Berita Harian.

Bukan itu saja, waktu empayar Tun M hampir jatuh pada Februari 2020, PAS dan Hadi Awang usulkan undi percaya kepada Tun M. Walaupun tindakan itu dianggap sebagai tindakan ‘penakut‘, tetapi Hadi Awang beri alasan, ia adalah satu proses demokrasi yang memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen lain dalam memberi undi kepercayaan itu.

“…Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada perdana menteri yang sudah ada pengalaman memerintah paling lama.” – Hadi Awang dipetik dari Sinar Harian.

Okay, kita boleh tengok kat sini yang Hadi Awang benar-benar menyokong Tun M jadi Perdana menteri, tetapi bila Perikatan Nasional mula mengambil alih kuasa…

3. Hadi Awang sokong Mahiaddin (Muhyiddin nama manja) sebagai PM

Pada Ogos 2021, Muhyiddin sedang berada di situasi ‘telur di hujung tanduk’ kerana dia dikatakan hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen. Mesti korang ingat lagi en waktu ni, buka je media sosial ramai orang kongsi spekulasi, berita angin mengenai apa akan berlaku kepada Muhyiddin dan tanda pagar #MuhyiddinLetakJawatan #MuhyiddinOut viral.

Semasa ramai Ahli Parlimen tak sokong Muhyiddin dan netizen inginkan dia letak jawatan, tampilnya Hadi Awang sebagai ‘hero selalu datang lambat’. Nak tahu kenapa? Hadi Awang mengatakan bahawa dia terus bersama dan menyokong Muhyiddin.

Usul sokong dan terus bersama Muhyiddin itu dikongsikan di post FB Hadi Awang, boleh tengok di bawah:

Pada waktu ini, kita boleh lihat betapa setia dan sayangnya Hadi Awang kepada Muhyiddin. Walau rintangan banyak yang dia hadapi, dia tetap sokong Muhyiddin. Tapi last-last, Muhyiddin letak jawatan.

BACA:

Ahli Bersatu kantoi menyamar dalam pemilihan UMNO Bahagian sekali ini yang jadi

Pakcik ini terpaksa solat sendirian hampir separuh abad kerana 1 kampung murtad, ini kisah macam mana 1 kampung boleh murtad