Kenapa pinggan wajib berbentuk bulat, kalau bentuk petak tak boleh ke? Jawapannya sangat mengejutkan!

Oleh INFORAKYAT

Kenapa pinggan wajib berbentuk bulat, kalau bentuk petak tak boleh ke? Jawapannya sangat mengejutkan!

Setiap rumah pasti mempunyai pinggan mangkuk yang pelbagai jenis dan bentuk bukan?

Paling banyak dilihat dan digunakan setiap hari adalah pinggan yang berbentuk bulat.

Kenapa pinggan wajib berbentuk bulat, kalau bentuk petak tak boleh ke? Jawapannya sangat mengejutkan!

Banyak juga di kedai makan atau di mana-mana restoran menggunakan pinggan yang berbentuk bulat dalam menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Pinggan dalam bentuk bulat didatangi dengan pelbagai jenis bahan seperti plastik, kaca, porselin dan sebagainya. Persoalannya, mengapa kebanyakkan pinggan berbentuk bulat dan ramai lebih memilih pinggan berbentuk jenis ini?

Penggunaan pinggan dalam bentuk bulat sebenarnya sudah digunakan sejak turun temurun bermula pada zaman nenek moyang kita lagi.

Jarang kita lihat orang makan nasi menggunakan pinggan berbentuk segi empat atau atau segi tiga.

Kebanyakanya lebih memilih pinggan yang mempunyai bentuk bulat. Walaupun kuantiti makanan yang dimakan sedikit atau banyak, hampir kesemua masyarakat lebih memilih bentuk yang sama iaitu bentuk bulat.

Jadi, mengapa pinggan banyak berbentuk bulat?

a. Perindustrian

Kebanyakan pinggan bulat yang dihasilkan lebih mudah berbanding dengan bentuk pinggan yang lain. Hal ini kerana kerja-kerja pemotongan pinggan dari kepingan yang besar akan mudah menjadikan ia bentuk yang bulat. Berbanding dengan bentuk pinggan jenis yang lain, ia mengambil sedikit masa untuk mengekalkan bentuk-bentuk yang sedia ada. Disebabkan itu, pinggan bulat lebih bayak dijual di pasaran sejak dahulu lagi.

Justeru, kebanyakan pinggan plastik atau kertas yang dihasilkan juga berbentuk bulat. Oleh itu, di sini kita dapat lihat dengan jelas mengapa banyak perindustrian lebih menghasilkan banyak pinggan berbentuk bulat berbanding bentuk pinggan yang lain.

b. Kesesuaian

Orang pada zaman dahulu melihat sudu yang berbentuk bulat disesuaikan mengikut keadaaan pinggan yang bulat.

Ini kerana mereka menganggap sudu yang mempunyai bentuk selain daripada bulat akan menyukarkan makanan untuk masuk ke dalam mulut.

Disebabkan itu, mereka menghasilkan pinggan yang berbentuk bulat kerana memudahkan makanan untuk dihidangkan.

Selain itu, penggunaan pinggan yang berbentuk bulat juga dipercayai mempunyai adab sepanjang makan.

Bayangkan jika anda makan beramai-ramai berserta dengan pinggan bentuk segi empat tepat.

Ianya nampak kurang manis kerana pinggan tersebut kelihatan besar dan tidak sesuai untuk dialas ketika makan.

Kesimpulan

Pinggan yang bulat dipercayai mempunyai bentuk yang lebih efisien untuk mengelakkan makanan daripada tumpah. Hal ini kerana ketegangan pada permukaan pinggan yang bulat akan menyukarkan makanan dari terkeluar dari pinggan disebabkan permukaan maksimumnya yang luas.

Selain daripada itu, masyarakat Jepun telah membuktikan mereka lebih memilih untuk menggunakan pinggan yang bulat berbanding bentuk lain

. Misalnya mereka menghidangkan sushi dengan pinggan bulat yang kecil. Ini kerana mereka percaya pinggan yang bulat akan menyukarkan makanan jatuh atau tumpah.

Menurut Gastronomi Saintifik memberi pernyataan mengapa pinggan itu bulat adalah “Supaya kita dapat mengumpulkan lebih banyak makanan di atasnya.”

BACA: Tular video selebriti terkenal mandi pakai lingerie je, sekali lain pula yang netizen perasan