Kenapa pengurus besar NAFAS jawab kenyataan yang dikatakan palsu? Seperti ada yang tidak kena

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menafikan laporan bahawa pertubuhan itu telah menggantung tugas pengurus besarnya,Muhammad Faris Ariffin, atas dakwaan salah guna dana pertubuhan.

Pengerusi Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Nafas, Zamri Yaacob, membuat penafian itu pada malam tadi, kira-kira 24 jam selepas kenyataan pertama mengenai isu tersebut tersebar.

Zamri menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan media mengenai penggantungan Faris.

“Kenyataan berkenaan yang mula tersebar pada Selasa, 22 Oktober 2024 bukanlah kenyataan rasmi dari Nafas.

“Oleh itu, Nafas menegaskan bahawa maklumat dalam kenyataan media tersebut tidak benar dan tidak disahkan oleh pihak Nafas.

Kenapa pengurus besar NAFAS jawab kenyataan yang dikatakan palsu? Seperti ada yang tidak kena

Kami meminta mana-mana media yang telah menyiarkan laporan berkenaan untuk menarik semula laporan tersebut dengan serta-merta,” kata Zamri.

Beliau turut menambah bahawa hanya Bahagian Komunikasi Korporat Nafas yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak organisasi tersebut.

Penafian Zamri ini menimbulkan persoalan tentang sama ada kenyataan awal itu benar-benar palsu atau dibuat tanpa persetujuan penuh pengerusi.

Apa yang terkandung dalam kenyataan AJP yang dinafikan itu?

Menurut kenyataan yang tersebar, Nafas dikatakan menggantung tugas Faris atas tuduhan pelanggaran tata kelola dan salah guna kewangan pertubuhan. “Keputusan itu dibuat oleh AJP Nafas yang dipengerusikan oleh Zamri, setelah menemui beberapa pelanggaran tata kelola terkait kewangan Nafas, yang merupakan dana ahli dalam pergerakan ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa mesyuarat AJP Nafas Bil 5/2024 pada 22 Oktober memutuskan penggantungan tersebut dan akan membentuk pasukan khas bagi menyiasat dakwaan tersebut secara terperinci.

Adakah kenyataan ini mendapat sokongan penuh AJP Nafas?

Penafian Zamri menimbulkan lebih banyak tanda tanya. Pada petang yang sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membincangkan reformasi Nafas.

Gambar-gambar pertemuan tersebut dikongsikan di media sosial dan menunjukkan Muhammad Faris turut hadir. Kenyataan Zamri pula diedarkan selepas pertemuan ini berlangsung.

Muhammad Faris, yang juga merupakan Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, turut mempertahankan dirinya dalam kenyataan balas, dengan menyatakan bahawa tuduhan terhadapnya dibuat tanpa melalui proses semakan dalaman.

Ini menimbulkan persoalan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan balas jika kenyataan asal itu adalah palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Peladang menyatakan bahawa penggantungan seorang pengurus besar tidak boleh dikuatkuasakan sehingga mendapat pertimbangan dan keputusan muktamad daripada pihak pendaftar.

Melihat kepada pelbagai kenyataan ini, jelas terdapat kekeliruan dalam isu ini, sehingga mengundang penjelasan daripada beberapa pihak dalam empat kenyataan media yang berbeza.

BACA: Dalam 5 minit je selesai masalah kerak botol susu, hanya guna 3 bahan ini je