Kenapa orang baik selalu disingkir atas faktor politik?

Kenapa orang baik selalu disingkir atas faktor politik?

Di negara barat kempen pilihanraya mereka berperang manifesto. Parti mana yang boleh dianggap mampu berikan wadah terbaik untuk rakyat itulah pilihan rakyat.

Maka pelbagai janji dibuat dan yang popular seperti peluang pekerjaan, bail out, dasar ekonomi, dasar politik luar negara, pelaburan luar negara dan mcm lagi untuk memenangi hati rakyat.

Tapi di negara ini selain beberapa perkara di atas yang turut dijadikan antara manifesto parti… yang melucukan apabila pembangkang dahulu yang berjaya menjatuhkan kerajaan paling lama di dunia iaitu BN dengan fokus agenda menjatuhkan kerajaan kleptokrasi.

Apa kerajaan kleptokrasi? Ia sebuah kerajaan yang korup. Di mana pemimpin dan pegawai menggunakan jawatan dan kuasa mereka untuk mencuri wang rakyat.

Formula itu berjaya di mana rakyat marahkan kerajaan BN kerana ia sebuah kerajaan yang korup. Kita mesti ingat kerajaan BN itu tewas bukan sebab utamanya kerana bagusnya manifesto PH tetapi kerana rakyat mahu jatuhkan BN yang dianggap mencuri wang rakyat.

Namun orang Melayu antara korupsi dan Melayu… mereka memilih Melayu. Walaupun Melayu itu mencuri dan menyalahguna kuasa. Maka isu Melayu dan Islam diprovokasi semahu mahunya kerana pembangkang ( BN ) sebelum ini kerana mereka tahu PH adalah sebuah kerajaan yang bersih.

Tiada isu untuk salah guna kuasa wang rakyat yang hendak dihebahkan seperti dimainkan oleh pembangkang sebelum itu. Jadi dialihkan isu yg dianggap mudah dimanipulasikan iaitu sentimen agama dan bangsa.

Negara kita Allah berikan kekayaan sumber alam yang cukup banyak. Tapi kenapa kita berhutang hingga tidak berduit ( bahasa pasarnya ). Malah dalam 3 bulan Covid19 bermula negara terpaksa meminjam wang dari rakyat utk menghidupkan ekonomi. Ia sungguh memalukan.

Persoalannya ke mana perginya wang kerajaan/rakyat? Wang tersebut bocor dan tiris kerana ia telah dicuri oleh pemimpin yang tidak amanah. Kenapa mereka berani tidak amanah?

Kuasa politik melindungi mereka. Mereka tahu undang yang ada melindungi mereka sebagai ‘org besar’. Undang2 terlaksana hanya utk ‘org kecil’.

Faktor kedua sebab mereka yakin rakyat atau orang Melayu ini mudah ditipu. Mudah diprovok dengan isu. Jadi kenapa perlu takut mencuri wang rakyat kerana pemimpin boleh membodohkan rakyat dengan mudah.

Lihat gambar… Allahyarham Tan Sri Ani Arope ( CEO TNB ), Tan Sri Wan Zul ( CEO Petronas ) dan Jalil Rasheed ( CEO PNB ). Mereka ini adalah CEO yang berintegriti yang mempertahankan syarikat dari di salahgunakan.

Namun mereka terbuang. Tan Sri Ani Arope jelas dengan berani menentang Tun Mahathir ketika itu kenapa perlu diwujudkan IPP untuk diberikan kepada kroni. Tan Sri Wan Zul berkata dia terpaksa memilih jalan yang sunyi untuk menjaga amanah. Kata Jalil Rasheed ia diganggu secara peribadi hingga melibatkan keluarganya.

Ya mereka bukan orang politik.. mental tak kuat untuk melawan seperti Anwar Ibrahim tapi mereka berintergriti untuk meninggalkan jawatan dengan gaji lumayan.

Anwar Ibrahim juga memerangi salah guna kuasa terutama rasuah. Anwar juga senasib dengan CEO tadi malah lebih teruk penderitaanya. Diaibkan, dipaksa meletakkan jawatan, ditangkap, dibogelkan, dipenjara dan rasanya tidak ada pemimpin Asia yg diuji seteruk Anwar Ibrahim.

Sila lihat graf ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Jika sebelum beliau dan selepasnya belanjawan negara mengalami defisit ( lebihan belanjawan daripada income ). Anwar Ibrahim berjaya menjadi Menteri Kewangan terbaik negara dan Asia sb dia amanah menjaga wang rakyat.

Kita sebagai rakyat bila melihat graf tersebut cuba buat analisis berdasarkan kualitatif dan kuantitatif… mengapa ia berlaku. Dan apa kelebihannya implikasi daripada belanjawan tanpa defisit.

Lalu saya ingin bertanya kepada rakyat atau pembaca penulisan ini… apakah rasuah ini budaya kita? Apakah kita sebagai orang Islam tidak bimbang anak kita nanti membesar akan mengamalkan rasuah kerana ia seolah-olah budaya Melayu ?

Adakah kita berbangga anak cucu kita hidup senang lenang kerana makan berjuta duit rasuah? Adakah kita mahu anak cucu kita tiada keberkatan di dlm hidup mereka? Adakah kita mahu anak cucu kita dicampakkan ke neraka kerana mencuri harta rakyat?

Kenapa kita pertahankan pemimpin yang korup? Kenapa hanya kita berkepentingan lalu kita sengaja menutup kejahatan itu. Jahat sangat kah kita ini hingga sanggup membuat perkara yang dilaknati Allah

Tak malukah kita menyokong orang mencuri? Bagaimana nanti nak cari Rasulullah nak minta syafaat baginda di Padang Masyar nanti? Ingat dosa mencuri wang rakyat tidak boleh diampunkan hanya setiap tahun pergi menunaikan umrah. Bangunlah tengah malam tanya pada diri betulkah apa yang aku buat sekarang ini hanya utk mengejar kesenangan duniawi sementara.

Saya jika bukan kerana pemimpin BN itu menyalahguna kuasa dan mencuri wang rakyat… belum tentu saya menyokong PH. Bagi saya mana parti yang memberi wadah terbaik untuk rakyat saya sokong…. tapi bagaimana saya boleh menyokong mereka…lihatlah bagaimana kerajaan PN merasuah pangkat untuk mengkhianati rakyat bukan secara demokrasi.

Mana mungkin saya bersama mereka malah terpaksa menentang mereka. Saya diberikan sedikit kemampuan utk menulis… lalu saya menulis apa yg saya rasa perlu dan benar. Rakyat Malaysia mesti berani melakukan perkara yg baik kerana kehidupan kita ini sementara… tapi apa yg hendak kita wariskan utk anak cucu kita nanti.

Sumber :

COMMENTS