Kenapa lelaki bila jumpa lelaki akan guna perkataan ‘bos’ bila jumpa? Ini jawapan pakar ramai nak tahu
Memang tak dinafikan lelaki dan wanita banyak perbezaannya. Dalam kajian yang dibuat oleh University of Pennsylvania, otak lelaki dan otak wanita sangat berbeza!
Bagi lelaki, mereka boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang berbanding WANITA yang tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA
kerana mereka akan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan “kenapa lelaki macam ni eh”.
Otak Lelaki Terdiri Daripada Kotak Kecil
Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain. Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.
Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu dan kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.
Otak Wanita Kotak Bertali yang Besar dan Terhubung
Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh, ala macam roti jala, berserat dan berhubung dan kesemua kotak di hubungkan dengan ‘emosi’… Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengkaitkan satu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara😉 Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.
Otak Wanita Ibarat ‘Roti Jala’, Patutlah Tak Reti Duduk Diam! Pakar Jelaskan Perbezaan Otak Ikut Jantina
Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?
A BOX OF NOTHING.
Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Yes. Nothing. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tak da apa yang di fikirkan dalam fikiran mereka, just nothing. Jadi jangan marah bila anda tanya
“How was your day today,”
Dia jawab “okay”.
Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya
“How was your life”
Dia jawab “okay lah”
5 tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.
Inilah istimewa nya ciptaan tuhan. Lelaki di ciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu. Embrace the differences!
BACA: