Sebelum ini kami ada melaporkan yang isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah mendakwa
Sophia Albarakbah menipu dan memutar belit kenyataan mengenai kehadirannya di All Stars Gegar Vaganza.
Bella juga mengatakan yang pelakon itu hanya beredar dari dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebaik saja persembahan Aliff selesai menerusi IG Story.
Aliff Aziz juga telah membuat kenyataan berhubung hal ini dan mengatakan kehadiran Sophia pada malam itu adalah diluar bidang kuasanya sebagai seorang peserta.
Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir.
Terbaru! Menurut laporan mStar, Bella Astillah mempertikai kenyataan suaminya yang seolah-olah tidak menjaga perasaannya sebagai isteri menerusi IG Story.
Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?
Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lagi penting.
Apa pandangan korang? Semoga baik-baik saja buat Aliff dan Bella. Bincang elok-elok, tak baik gaduh-gaduh ni..