Kenapa jadi gelandangan? Sebab ‘ambo malas’, jawapan pakcik ini undang reaksi netizen.
Ambo malas’ (saya malas) spontan keluar dari mulut seorang warga emas sebaik disoal kenapa hidup gelandangan oleh pegawai penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan di sekitar bandar Kota Bharu, hari ini.
Warga emas berusia 66 tahun itu berkata, sejak 20 tahun lalu hidupnya sentiasa berpindah randah bagi mencari tempat berteduh selain mengharapkan simpati orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Wang bantuan bulanan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan digunakan untuk keperluan harian termasuk makan dan minum.
“Walaupun saya mempunyai adik beradik, namun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan saya memilih untuk hidup bergelandangan kerana tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, di sini, hari ini.
Dia mendakwa sebelum ini mempunyai tempat tinggal, namun ia musnah akibat banjir dan terpaksa hidup bergelandangan selepas itu disebabkan tidak mampu membina atau menyewa rumah.
“Sejak itu, hidup saya tidak teratur dan setiap hari terpaksa menumpang membersihkan diri di tandas awam atau masjid berdekatan.
“Saya tidak tinggal tetap di satu-satu tempat dan berpindah randah mengikut keadaan tanpa sebarang hala tuju dan lebih selesa hidup seperti ini,” katanya yang berasal dari Pasir Mas.
Katanya, dia tidak kisah hidup dalam keadaan bergelandangan berikutan tidak mempunyai tanggungan disebabkan tidak pernah berkahwin.
“Bagi merehatkan diri pada waktu malam, saya akan menumpang teduh di masjid atau tempat-tempat yang selamat.
“Saya tidak mahu ditempatkan rumah jagaan orang tua disebabkan mahu hidup bebas dan apa yang penting saya tidak mengganggu orang lain serta meneruskan rutin kehidupan seperti biasa,” katanya.
BACA:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio