Kenapa burung merpati suka sangat berkumpul di kawasan yang jadi tumpuan manusia? Ini sebabnya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kenapa burung merpati suka sangat berkumpul di kawasan yang jadi tumpuan manusia? Ini sebabnya

Burung merpati adalah sejenis haiwan yang sebilangan orang beranggapan bahawa ianya adalah haiwan perosak manakala ada juga yang menganggap haiwan ini adalah cantik.

Pun begitu, pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya tentang mengapakah haiwan ini lazimnya dilihat di bandar-bandar besar.

Kenapa burung merpati suka sangat berkumpul di kawasan yang jadi tumpuan manusia? Ini sebabnya

Apakah yang menyebabkan mereka suka sangat untuk tinggal di bandar. Sebuah portal yang bernama Science ABC ada menjelaskan berkenaan perkara ini, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Mudah untuk mendapatkan makanan

Menurut portal Science ABC, burung merpati suka untuk tinggal di bandar dengan populasi manusia yang padat kerana senang untuk mereka mendapatkan makanan.

Tidak seperti burung lain, burung merpati boleh hidup dengan memakan sisa makanan manusia. Mereka sering dilihat memakan nasi, donat, roti dan sebagainya di bandar-bandar di Amerika. Oleh itu, kemampuan mereka untuk memakan sisa makanan manusia menjadikan mereka sangat sesuai dengan kehidupan di bandar.

Mudah untuk buat sarang

Di habitat asalnya, burung merpati akan bersarang di tebing dan menghabiskan hidup mereka berdekatan dengan laut. Namun, apabila pembangunan mulai pesat berdekatan laut, mereka telah bertindak untuk masuk ke bandar.

Bagi burung merpati ini, bangunan boleh dikatakan seakan sama dengan tebing. Burung merpati mempunyai pertalian yang semula jadi dengan permukaan yang keras.

Mereka suka struktur konkrit, marmar, dan batu yang mana banyak terdapat di bandar. Burung merpati secara uniknya sesuai dengan kehidupan bandar kerana mereka telah menguasai seni bersarang pada struktur keras yang sama seperti habitat semula jadi mereka iaitu berbatu dan keras.

Senang untuk membiak

Merpati adalah sejenis spesis yang membiak sepanjang tahun. Ketersediaan makanan dan tempat tinggal yang mudah bermakna burung merpati lebih banyak menghabiskan masa untuk mengawan daripada mencari makanan.

Kurangnya ancaman daripada pemangsa semula jadi

Perkara lain yang memihak kepada burung merpati di bandar adalah kurangnya haiwan pemangsa salah satunya adalah burung helang. Cukup menarik lagi, burung merpati juga pandai menghindari pemangsa dan objek bergerak lain seperti kereta.

BACA: “Anak dan isteri aku meninggal, tinggalkan aku, Aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan isteri, patutlah mak hasut aku pukul isteri, rupanya..”