Kenapa almarhum TG Nik Aziz sebut nama Najib dan Zahid dalam doa?

Kenapa almarhum TG Nik Aziz sebut nama Najib dan Zahid dalam doa?

Menonton sebahagian Sidang media Ds Mukhriz dalam laporan Malaysiakini tadi.. Ds Muhkriz berkata ” Najib protagonis sebenar kejatuhan PH Kedah.. “Dakwa Mukhriz walaupun arahan untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar datang daripada Muhyiddin Yassin, namun di belakang Presiden Bersatu itu ialah Najib…

Sebenanrya aku amat bersetuju dengan pandangan ini..Itu sebab sejak awal.. gerak hati aku, bila berlaku peristiwa rampasan kuasa dan langkah Sheraton ini.. aku teringat balik apa yang dikatakan almarhum Tok Guru Nik aziz.. malah nama yang disebutkan dalam Doa adalah realiti.. iaitu watak Najib dan Zahid yg disebutkan dalam Doa Tok Guru..

.Aku pelik juga Kenapa Tok Guru hanya sebut nama Najib dan Zahid.. rupanya inilah jawapan kepada kita hari ini..antara peranan penting peristiwa langkah Sheraton ini.. Tu sebab kata kata Tok Guru itu aku cuba gambarkan di dalam Video..Kata Tok Guru :

” Dukacitanya..Pecah Amanah ini (Merujuk kepada rampasan kuasa), Akan Datang Ini, Akan Berlaku lagi Insya Allah..akan berlaku lagi,”

Ya , Memang Benar..Apa yang dikata Tok Guru Berulang Kembali.. dan ianya Benar benar terjadi..

Benarlah Firasat seorang Ulama’..

اتَّقوا فِراسةَ المؤمنِ ، فإنَّهُ ينظرُ بنورِ اللهِ

“Takutlah kamu firasat orang yang beriman kerana dia melihat berdasarkan cahaya Ilahi.”

Aku masih ingat dalam satu Majlis, Almarhum Tok Guru Nik Aziz berdoa juga berkenaan rampasan kuasa, pelik ketika kejadian itu PM nya adalah Paklah.. tapi Tok Guru Sebut jelas dalam Doa sebut nama dua orang ini.. ” Najib dan Zahid “..

Apa ungkapan Tok Guru Nik Aziz ?

” Ya Allah Ya Tuhan ku.. Jika Kamu tengok Dua orang Ini Ada bakat Jadi baik.. Maka buka lah hati mereka.. Untuk Islam dan Iman..

Kalau takda Bakat dah Jadi baik..Kacau Sokmo.. TURUNKANLAH BALA Supaya orang lain gerun nak tiru dia Apa semua sekali ”

Jadi aku tak tahu lah apa yang akan terjadi selepas ini kepada watak watak Jahat ini.. Apakah mereka ini sudah Insaf..jawapannya tidak.. Kita hanya menanti apa realiti yang akan berlaku selepas ini..

BERTAUBATLAH WAHAI ULAMA JAHAT !

Tapi ingatlah kelompok Ulama Jahat ! terutama kelompok salaf diketuai Mufti Utara dan kelompok Ahli Hadis selain Ulama dari kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah dikalangan orang Politik..Kerosakan dan kejahatan yang berlaku hari ini atas Dosa jasa dari lisan dan tangan tangan jahat kamu menyebarkan fitnah dan kebencian,,..

Kejahatan Fitnah dari lisan para Ulama di zaman Al fitan ini mengingatkan aku tentang Khutbah Sheikh said ramadhan Albhuti ketika fitnah, kebencian Sunni-Syiah(ashabiyah) sedang memuncak di bumi Syria.. antaranya disebabkan kejahatan lisan dan fatwa para Ulama Jahat disana sebelum kehancuran bumi Syria..

Apa kata Sheikh Said Ramadhan ketika Fitnah memuncak.. Sheikh Said Ramadhan membacakan hadis ini di dalam khutbah..bila datangnya Fitnah..

أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ…
Tahankan lah Lisan mu..

Apa yang dinasihatkan Sheikh Said Ramadhan kepada kelompok2 Ulama ini.. Kesalkan lah dan tangisi akan Dosa Dosa kamu dirumah..

وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ..

” dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosa Dosamu.”

Ia berdasarkan Hadis Nabi ﷺ ..

وعن عقبة بن عامرٍ رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ؟ قَالَ: «أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ

رواه الترمذي،

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan?”

Baginda bersabda, “Tahanlah lisanmu, dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosamu.”

(Riwayat Al-Tirmizi)

Memang benar kehancuran Dunia Ummat Islam kebanyakannya datang dari fitnah dan lisan para Ulama Jahat..

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS