Kenapa ada pejabat kerajaan macam bangunan tak siap? Ada unsur freemason ke? Ini kisahnya.
Senibina Brutalist atau juga dikenali sebagai Brutalism merupakan gaya senibina yang telah mucul sejak tahun 1950an.
Kemudian, ia berkembang daripada satu gerakan modernis pada awal abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1900an dan popular sekitar tahun 1950an.
Bagaimanapun, gerakan senibina ini mula merosot pada tahun 1970an kerana dikritik kelihatan tidak mesra dan tidak berperikemanusiaan.
Ciri-Ciri
Ciri-ciri senibina brutalist atau brutalism ini ditampilkan dengan gaya yang kelihatan besar, nampak berat, nampak struktur, monolitik, gagah dan kukuh.
Ia juga ditampilkan dengan gaya geometri tegap dan penggunaan konkrit pada skala yang besar.
Elemen-elemen modular juga turut selalu digunakan untuk membentuk sesuatu bagi menunjukkan fungsi-fungsi tertentu.
Di samping itu, selain konkrit, bahan-bahan lain yang biasa digunakan pada bangunan brutalist atau brutalism ini termasuklah batu-bata, kaca, keluli dan batu kasar. Senibina brutalist atau brutalism ini biasanya digunakan untuk projek kerajaan, bangunan universiti, tempat letak kereta, pusat rekreasi, pusat membeli-belah dan bangunan kediaman bertingkat seperti rumah flat.
Istilah
Asal perkataan Brutalism ini ialah daripada bahasa Perancis, Béton brut yang bermaksud konkrit kasar yang telah diperkenalkan oleh Arkitek Alison dan Peter Smithson. Kemudian, ia dipopularkan pula oleh sejarawan senibina Reyner Banham pada tahun 1954 dan telah mula diterapkan dalam senibina Le Corbusier, arkitek yang merekabentuk Cite Radieuse di Marseilles pada akhir 1940an.
Sebagaimana bangunan-bangunan tinggi mula dikaitkan dengan jenayah, kurang aktiviti sosial dan kerosakan bandar, maka brutalism atau senibina brutalist juga turut dikritik dengan rancak.
Bangunan-Bangunan Dirobohkan
Di UK sendiri, telah banyak bangunan brutalist dirobohkan. Bagaimanapun, senibina brutalist ini diteruskan dan dipengaruhi dengan rekabentuk terkini serta berteknologi tinggi. Sejak kebelakangan ini, ia sudah mula diselaraskan secara serius dan ada diantara bangunan tersebut dijadikan sebagai mercu tanda senibina.
Penjenamaan Semula
Pada tahun 2006, satu kempen penjenamaan semula telah dimulakan untuk mengembalikan senibina Brutalist sebagai Heroic Architecture oleh tiga orang arkitek dari Boston, Massachusetts. Usaha itu dilakukan untuk memadamkan pandangan negatif terhadap istilah Brutalism itu tetapi dalam masa yang sama, masih merujuk kepada skala dan keasliannya.
Contoh Bangunan Gaya Brutalism
Cite Radieuse (Radiant City) oleh Arkitek Le Corbusier
Photo via Par Velvet — Travail personnel, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=91297387
The Breuer Building, New York City oleh Arkitek Marcel Breuer
Photo By Ajay Suresh from New York, NY, USA – MET Breuer, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=80787950
Boston City Hall, Boston
Oleh Arkitek – Kallmann McKinnell & Knowles, Campbell, Aldrich & Nulty
Trellick Tower, London oleh Arkitek Ernő Goldfinger
Dewan Tunku Chancellor, Universiti Malaya oleh Arkitek Datuk Kington Loo
BACA:
“Kalau dah jodoh”, Atuk tua lamar janda anak 3 sekali kena ‘reject’, rupanya dapat ‘pucuk muda’