Kenapa ada kod ‘K’ dan ‘H’ pada kad pengenalan orang Sarawak? Rupanya ini maksud kod itu.
Jika anda warga Sarawak anda wajib baca dan share posting ini. kerana ini adalah “perkara” penting untuk rujukan semua warga Sarawak tidak kira suku, kaum dan etnik.
Seperti yang kita maklum generasi baru Sarawak sering berbangga dengan kod 13 atau kod 52 yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sarawak.
Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 13 atau kod 52 itu bermakna anda anak jati Sarawak. Realitinya kod 13 atau kod 52 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod “K”.
Kod K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod K kelihatan kecil.
Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 13 atau kod 52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod K, maka anda bukanlah anak jati Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.
Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H. Dengan Kod K bermakna Sarawak adalah sebuah wilayah atau negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.
Untuk makluman lagi bukan semua orang yang dilahirkan di Sarawak diberi kod K. Kod K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sarawak dan jika seseorang itu lahir d sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod K
Untuk yang bukan di lahir di Sarawak atau lebih tepat lagi lahir di Semenanjung, dia boleh memohon kod K dengan syarat salah seorang ibu bapa mestilah warga Sarawak.
Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil endah kod K tersebut, tetapi harus diingat kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak. Tanpa kod K anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak. Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen. Sekian terima kasih
BACA:
‘Area 51’ tempat alien? Ini 6 fakta yang Amerika Syarikat sembunyikan dari pengetahuan umum
Kes Jana Wibawa, anak Muhyiddin dan 4 pemimpin Pas dalam ‘radar’ SPRM